Friday, August 10, 2012

Assalammualaikum =')





Memang sukar untuk memujuk hati menerima kenyataan bahawa diri ini sudah ditinggalkan .
Kita terpaksa melepaskan insan yang kita sayangi sekelip mata .
Andai jodoh kita panjang Insya'Allah Allah akan pertemukan kita kembali .


Pada perkenalan pertama Allah tidak menjanjikan kita pasangan yang sempurna .Ada sahaja dugaan yang perlu kita hadapi .Dia ingin melihat adakah kita menerima kelemahan atau kelebihan pasangan masing-masing.Adakah kita saling hormat-menghormati, jujur dan percaya dengan pasangan kita .Adakah kita menerima pasangan kita apa adanya??.


Takdir kadang-kala mempertemukan kita dengan insan yang tidak diduga .
Perkenalan pertama yang dulunya kukuh akhirnya hancur jua ..
Mencintai tidak semestinya kita akan memilikinya juga .
Allah memperkenalkan kita dengan insan yang lain pula .Insan yang lebih baik atau sebaliknya.
Allah pernah berjanji bahawa 'perempuan yang baik akan memiliki lelaki yang baik begitu juga sebaliknya'.
Pengalaman yang dulu ,mengajar kita lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.


Setiap perempuan pasti gembira dan tersenyum tatkala orang yang dicintai melamarnya sebagai permaisuri dan bidadari hidupnya .Kita dapat hidup semati bersama,menghadapi susah senang bersama dengan dia.Itulah impian kita untuk menjadi sebahagian hidup dari pasangan masing-masing. Kehidupan kita dan pasangan kita akan jadi lebih baik dan sempurna.



Setiap wanita yang telah berkahwin pastinya ingin memiliki anaknya sendiri .Dengan adanya anak dalam sesebuah rumah-tangga ,kehidupan kita dan pasangan kita akan jadi lebih sempurna dan bahagia. Kita dapat memiliki sebuah keluarga yang barakah,mawaddah dan rahmah. Insya'ALLAH.




p/s:Semoga aku dapat menjadi sebahagian hidup dari pasanganku juga .Ya Allah...Lindungi dan rahmatilah hubungan aku dan dia .Aminnn ~



Wassalam =)

  


Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

1 comment: