Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN KAREEM, RAMADHAN AL-MUBARAK !

Assalammualaikum =)


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN !
Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk berpuasa dalam Bulan Ramadhan pada tahun ini.
Terima Kasih kepada Allah S.W.T kerana telah memanjangkan usia kita.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu satu kebaikan, manfaat, keberkatan serta keampunan kepada kita semua. Marilah kita sama-sama membersihkan hati, perbetulkan niat kita agar kita beroleh keberkatan dan keredhaan daripada-Nya. InShaAllah. Dan mudah-mudahan kita dapat memperbaiki diri kita menjadi lebih baik, sabar dan kuat iman dalam menjalani ibadah puasa pada kali ini. 


Ya Allah Ya Rabbi Syukran Jazilan atas kesempatan yang Engkau berikan, Semoga Ramadhan kali ini dapat membawa aku jadi hamba yang bertaqwa. Maafkan aku atas kesalahan yang aku lakukan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Secara peribadi zura mohon maaf kepada semua kawan-kawan jika pernah, ada atau apa sekalipun perbuatan, percakapan penulisan yang membuat anda anda terasa atau sakit hati kepada saya. Mohon Maaf Seikhlas Hati. Dan Mohon Doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga saya. InShaAllah. Ukhuwwah Fillah. Jazakumullah khair kathira.




p/s: Selamat Berpuasa kepada adik-adik zura dan semua kawan-kawan. Selamat Bersahur, Jangan lupa Baca Niat Puasa. 1st time sahur bertiga(zura,abah&emak). Rasa sedih,sebak tapi takpe semoga kami lebih sabar & tabah. Wallahu'alam.



Wassalam =)



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

No comments: