Tuesday, July 30, 2013

ALMOND LONDON versi ZURA!! ^^

Hai semua ^^ Petang tadi kununn zura takde mood nak buat kuih, alih-alih pukul 4 duduk kebosanan, zura pun decide nk buat almond london. HEHE..Dari takbuat apa lebih baik zura buat kuih kan. Buatnya kejap jee yang lamanya nak bentukkan pastri tu dalam bentuk bujur,kecik cecomell. Memang berjam jugak laa nak bentukkan dia. Tengah syok buat pastri mak cakap abah ajak pergi berbuka dekat Restoran Nasi Padang pulak. Time tue dah pukul 6.15 petang. Memang zura sempat bakar pastri dia jela kannn. HAHA


**Restoran nie dekat Mydin. Sape pernah pergi Mydin USJ dia tahulaa kan**
7.30 petang BERBUKA>>Habis berbuka zura cari barang>>Pukul 9.20 malam sampai rumah.


Then, balik dari berbuka zura sambung buat coklat untuk almond pulak. *boleh pulakkan buat separuh separuh takpe almond london versi zura* wkawkwk Dalam sejam lebih siap jugak almond zura. Gemuk gemuk almond kakak, kata mak. Bhabhaaha. Bialaa gemuk pun asal sedap mak. HEHE Finally siap jugak Almond London zura. Kuih fevret zura tue memang wajib buat! ^^ 
Nak resepi dia? Boleh..meh zura bagitahu.


Bahan-Bahan :
* 1 ketul butter
* 1/2 cawan gula pasir halus@gula castor
* 1 biji kuning telur
* Tepung gandum secukupnya
* 1/4 cawan tepung jagung
* Badam biji – bakar hingga rangup
* Badan hancur – panggang sebentar
* Coklat masakan
* Lemak sayur
* Paper cup (hitam)

Cara Membuat :
1. Butter dan gula dikacau sehingga sebati
2. Masukkan kuning telur dan kacau
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
4. Tambah tepung hingga tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk.
5. Ambil sedikit pastri kemudian salutkan badam dengan pastri dan bentukkan bujur dengan menggunakan tangan buat hingga habis bakar hingga kekuningan. Selepas itu biarkan sejuk.
6. Masak coklat dengan cara double boiler masukkan 2 sudu minyak jagung/minyak masak, sesudu teh lemak sayur (shortening) setelah coklat cair angkat dan mulalah proses mencelup dan angkat pastri yang telah dicelup dengan menggunakan penyepit dan masukkan ke dalam paper cup. 
7. Taburkan badam hancur sebelum coklat menjadi beku.
8. Masukkan 2 minit ke dalam peti sejuk supaya coklat menjadi keras.
9. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah selama 15-20 minit.

##double boiler: ambil periuk kecil, letakkan didalam periuk kecil itu coklat masakan, sedikit minyak, lemak sayur dan rendamkan didalam pan atau periuk sederhana besar dengan air yang mendidih. Setelah coklat cair angkat dan mulakan proses mencelup pastri.



Okay semua faham tak? Kalau tak faham tanyala ye. zura ada something nak buat. I got to go.
Selamat Mencuba!!



p/s:Sorry tak sempat nak capture gambar. Buat kuih nie zura sorang so takde photographer yang nak tolong tadi. HIHI. Next time yooo! =)



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

No comments: