Thursday, July 11, 2013

HEBAHAN ! KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA 2013/2014

Assalammualaikum =)


Hye semua =) Selamat Petang & Salam Ramadhan !
Keputusan UPU dah keluar kan kannn? Nebes pulak rasa. Hehehe ƪˆƪ)

Rasanya mesti majoriti daripada kita sedang ternanti-nanti dengan penuh debaran mengenai Keputusan Permohonan Ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi, Diploma/Setaraf Kemasukan pada Bulan September nanti kan?
Anway a BIG CONGRATULATION to all of my friends & my adik-adik =)
Selamat Melangkah ke Alam Universiti yang penuh dengan cabaran & dugaan. Terima sahaja segala keputusan/tawaran universiti yang adik-adik perolehi. Jauh ke Dekat universiti yang korang dapat semua nya sama je as long as kita dapat further study and continue our degree ye dokk?! HIHI
Act susah tau nak sambung degree kalau kita tak dapat mana-mana tawaran universiti nie. So, bersyukurlah sebab anda semua bertuah melangkah ke menara gading !


Bagi menyemak keputusan UPU, anda boleh menggunakan salah satu kemudahan yang diberikan.


1)   Semakan Boleh Melalui SMS
Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888

2)   Semakan Melalui ONLINE


** Semakan Boleh dibuat Pada HARI INI (11/7/2013) Jam 12.00 Tengah Hari.



Bagi adik-adik yang telah mendapat Tawaran Ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai JB Hai all my junior welcome to UTM ˇ) UTM SANJUNGAN BANGSA ! Di jemput bakal-bakal junior untuk join Group di FB kami iaitu Mahasiswa/i UTM Sesi 2013/2014 supaya adik-adik boleh berinteraksi dengan bakal-bakal senior anda. Tahniah & Selamat Datang !! (>‿◠)


Di sini zura ingin mengalu-alukan kedatangan junior zura bagi kursus SGHU-IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (GEOMATIK) Fakulti GEOINFORMASI DAN HARTA TANAH. Tahniah & Syabas kerana anda telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Ini adalah Bidang Profesional. Secara peribadi bidang ini sangat susah kepada orang yang suka main dan tak study MALAH sangat senang bagi mereka yang study bersungguh-sungguh. Give and Take la kata orang. Hihihii..Kepada adik-adik jika anda ada sebarang permasalahan semasa hendak mengisi borang Tawaran atau sebagainya, anda bolehlah contact saya di FB atau join group UTM di atas. Sekian. Wallahu'alam.


Pintu Gerbang UTM

Pemandangan UTM dari udara. About 2,400 acres of Land in Skudai,JB.


Masjid Sultan Ismail, UTM JB.



p/s: Itu adalah antara view sekitar UTM JB. Sumber Google (>‿◠)



Wassalam =)




Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

No comments: