Saturday, July 6, 2013

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH TIADA TANDINGANNYA (ಥ ̯ ಥ)

Assalammualaikum =)


Hye semua. Petang yang indah ini zura hanya nak kongsikan sesuatu yang terkadang kita lupa dan leka.
Sejak kebelakangan ini zura terfikir kenapa ada kata-kata yang berbunyi "Kasih Ibu Membawa ke Syurga, Kasih Ayah Tiada Tandingannya". Ada tak korang terfikir sebelum nie? Dan kalau tak silap zura ada lagu yang berkaitan dengan kata-kata ini. Ya!! lirik lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu "AYAH DAN IBU". Korang rasa apa maksud yang tersirat dan tersurat disebalik kata-kata ini? Hanya nak pendapat korang agar kita blh kongsi dan hayati bersama. Sebelum itu, marilah kita sama-sama menghayati setiap bait-bait lirik lagu AYAH & IBU ( ̯ )

Ayah dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…


Bagi pendapat zura, Kasih Ibu Membawa ke Syurga Kasih Ayah Tiada Tandingannya bermaksud kita sebagai anak perempuan atau anak lelaki patut dan wajib berterima kasih kepada ibu/emak/umi/mama/mummy/dll dan ayah/abah/abi/papa/daddy/dll kita terutamanya ibu kita yang telah bertarung nyawa melahirkan kita didunia ini. Kerana mereka lah kita dapat lahir ke dunia dan mengecapi apa yang kita perolehi sekarang. Tanpa mereka siapa lah kita? Pernah kita *aku* mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan mereka selama ini? Allah..sesungguhnya aku anak yang tak tahu diuntung memperolehi kedua-dua ibu dan ayah yang sangat penyayang ini. ( ̯ )


Sebab kasihnya Ibu/Mak kita merekalah yang menjaga,menyusu,memasak,membasuh,mengemas,peneman kita tidur dari bayi sampai sekarang bahkan merekalah yang mencuci,membasuh berak kencing kita.*bukan nak bercakap tak senonoh. Kenyataan!!* Walau sepenat mana pun mereka, mereka tetap melayan berbagai kerenah kita. Dan bukan cuma seorang anak yang perlu dilayan?! Tapi dua,tiga anak bahkan ada yang ada enam,tujuh,lapan anak. Imagine ibu/mak kita seorang yang bekerja atau bekerjaya, mereka tetap meluangkan masa untuk anak-anaknya dan suami tidak lupa juga kerja rumah yang wajib dibuat setiap hari. Buat kerja rumah sorang-sorang tanpa memanggil kita menolongnya kerana apa? Kerana ibu/mak kita faham yang anak-anak mereka penat belajar siang malam di sekolah,kolej,universiti. Anak-anaknya penat,letih,tidak cukup tidur dan sebagainya. Tetapi ada tak kita faham yang ibu/mak kita juga penat membuat kerja rumah seorang diri dari kita dilahirkan sehingga sekarang. Sehingga kita berumur belasan tahun, puluh tahun mungkin sampai kita dah ada suami ataupun isteri still kita mengharapkan ibu/mak kita buat kerja rumah. Terkadang aku menangis melihat kesusahan dan kesungguhan mak aku menjaga anak-anaknya yang bermacam ragam perangai dan kerenah. Bukan melayan perangai aku je, tapi perangai adik-adik aku yang lain. Aku tersentuh dengan pengorbanan mak aku yang begitu mulia. *menangis senyap2* "Ya Allah, Kau kurniakanlah pintu rezeki yang luas kepada ibuku, Kau panjangkan umurnya, jagakan Ibuku dimana pun mereka berada, Kau lindungilah dia sepertimana Kau melindungi kaum muslimin/muslimat yang soleh/solehah. Ya Allah, Kau kasihanilah Ibu Bapaku sepertimana mereka mengasihani aku dari kecil lagi" Wallahi...aku sangat menyayangi dan mengasihi mak aku. Aminnn. ( ̯ Maka sebab itu kita wajib menghormati dan mengasihani Ibu/Mak kita. Syurga di bawah telapak kaki Ibu. Mereka bukan nakkan harta,wang ringgit, kekayaan daripada kita. Yang mereka mahukan cuma kasih-sayang dan perhatian daripada kita. Wallahu'alam.


Kasih Ayah Tiada Tandingannya. Walaupun ada dalam kalangan kita yang tak berapa rapat atau "tak ngam" dengan ayahnya, sedarlah Wahai anak yang pengorbanan ayah kau terlalu besar dan banyak untuk membesarkan kau! Meskipun ayah kita jarang berada dirumah sebab terlalu sibuk bekerja TAPI mereka bekerja untuk mencari rezeki,wang lebih untuk keluarganya,anak-anaknya juga. Mereka sanggup OVERTIME untuk cari duit lebih bagi menyenangkan hidup isteri dan anak-anak mereka. Walau penat,sakit ayah kita, mereka tetap bekerja keras agar kehidupan keluarganya senang. Tidaklah dikatakan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. zura yakin dan percaya setiap ayah mahukan yang terbaik untuk setiap ahli keluarganya meskipun sanggup 'mengikat perut' tak makan. ( ̯ ) Allah..kekadang kita *aku* tahu meminta je nak itu, nak ini tapi adakah kita fikir bahawa apa yang kita minta tu bukan senang nak dapat?? Bertahun-tahun ayah kita kerja mengumpul wang untuk membeli segala keperluan kita. Segala kemahuan dan kehendak kita. Yang kita tahu mintak itu, ini, mintak duit TAPI kita tak tahu yang sebenarnya ayah kita nie penat kekadang sampai sakit-sakit bekerja untuk mencari duit. Ada yang lebih parah kita sebagai anak tak peduli pun ayah kita sakit yang penting ayah tunaikan permintaan kita. Allah Allah Allahhu Akbar. Maka, sayangilah ayah kita sepertimana mereka menyayangi dan mengasihi kita sejak kecil lagi. Wallahu'alam.


Untuk anak-anak orang kaya ataupun berduit, mungkin sesetengah daripada mereka tak kisah sebab mak ayah mereka banyak duit. Tapi Tapi Ingatlah yang hidup kita bukannya selalu senang, dan bukannya selalu susah. Semua rezeki yang kita perolehi adalah daripada Dia. Allah yang Maha Besar. Oleh itu, kita juga wajib menyayangi,mengasihi,menolong IBU AYAH kita. Ayuh kita berusaha menjadi anak yang soleh/solehah fiddunya walakhirah. InShaAllah.

1) Hendaklah kita memuliakan mereka
2) Bersalaman dan mencium tangan mereka sebagai tanda kasih dan hormat
3) Menjaga adab ketika bercakap dengan mereka
4) Menyahut panggilan mereka tanpa melengah-lengahkannya
5) Sentiasa berusaha menggembirakan mereka
6) Menjaga harta mereka
7) Tidak mencaci dan meninggikan suara terhadap mereka
8) Tidak mendahului mereka dalam segala hal
9) Tidak duduk di tempat tinggi daripada mereka
10) Sentiasa meminta izin dan pandangan mereka mengenai sesuatu hal
11) Menghormati sahabat-sahabat mereka
12) Tidak berlebih-lebih dalam memuliakan isteri (khusus bagi yang bergelar suami)
13) Memperbanyakkan doa kepada mereka


Entry ini zura tulis seikhlas hati zura. zura tulis untuk mengingatkan diri zura sendiri agar zura tidak leka,alpa dan membelakangkan kedua mak dan abah zura. Mereka adalah segalanya bagiku Ya ALLAH. InShaAllah. Meskipun kekadang ada terkecil hati, merajuk dengan mereka, aku tidak pernah marahkan mereka. Siapa aku untuk berbuat demikian. Aku hanya lah manusia kerdil yang tiada apa-apa. PERINGATAN!! Entry ini TIDAK ada kaitan dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Segalanya zura cerita berdasarkan pengalaman hidup zura selama 21 Tahun zura hidup di bumi Allah ini. Wallahu'alam. Segala coretan adalah hak dan privacy blog zura. Tidak boleh ditiru ataupun di copypaste di tempat yang lain. Sekian Terima Kasih.



p/s : HARGAILAH IBU BAPA KITA SELAGI MEREKA MASIH ADA ( ̯ )




Wassalam =)




Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

No comments: