Friday, August 30, 2013

SETIA HINGGA HUJUNG NYAWA !

Salam Jumaat semua. Salam Sayyidul Ayyam =) Bukan seorang yang jiwang atau pakar cinta, hanya seorang insan yang sedang melalui fasa kasih-sayang dan bahagia. Just share ayat-ayat cinta ini buat kawan-kawan tersayang. Semua nie zura pernah alaminya sendiri dan ianya memang menguji tahap keimanan, kesabaran, kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran antara kita dan pasangan kita. Kekadang ada rasa Marah, Merajuk, Terasa Hati dan lain-lain BILA perbuatan, kata-kata, call atau mesej yang kita hantar tak dilayan atau tak diendahkan oleh pasangan kita TAPI percayalah kalau kita JUJUR, SABAR, SETIA dan PERCAYA dengan pasangan kita, HUBUNGAN yang kita bina akan KEKAL selamanya. INSHA'ALLAH. Bak kata zain kepada ersalina                                             'SETIA SEHINGA KE HUJUNG NYAWA' ^^'


"Bila saya tak hubungi awak bukan bermakna saya tak peduli. Saya cuma nak berikan awak masa untuk merindui saya. Dan kalau boleh saya nak awak sedar macam mana rasanya tanpa khabar berita dari orang yang kita harapkan."


"Bila saya nasihatkan awak, itu maknanya saya masih lagi ambil berat tentang awak, tapi awak tak faham. Kata saya kongkong awak. Nanti bila saya dah tak pedulikan awak lagi, Jangan tanya kenapa. !"


"Sesibuk mana pun seseorang itu, kalau dia betul-betul sayangkan kita, Dia pasti akan mencari sedikit masa untuk kita."


"Lelaki Bila MERAJUK mereka tak minta dipujuk keterlaluan. TETAPI, mereka cuma mahu LIHAT adakah mereka DIPUJUK atau DIBIARKAN."


"Dia cemburu, dia marah, dia risau, dia kecewa. TAPI semua itu disebabkan dia terlalu sayangkan awak dan taknak kehilangan awak."


LAST but NOT LEAST....,



~~ SEKIAN ~~



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

No comments: