Tuesday, August 6, 2013

MALAM TERAKHIR RAMADHAN 2013

Alhamdulillah hari ini zura diberikan keizinan untuk menunaikan solat sunat tarawih yang terakhir dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Rasa sayu, sedih tatkala Ramadhan bakal berakhir pada hari esok. Malam Ramadhan yang ke 29 ini, zura dapat menunaikan solat dengan adik-adik zura di Masjid As-Salam Puchong Perdana. Ramai jugak muslimin, muslimah, budak-budak yang menunaikan solat tarawih tadi. Alhamdulillah. Mudah-mudahan kita dapat berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. InShaAllah. Sempat jugak zura bergambar kenangan di Masjid As-Salam Puchong Perdana tadi. HIHI

ALHAMDULILLAH Selesai Solat Tarawih

MY SIBLINGS
(me,ita,awin)

Gambar Kiri Atas : My Siblings (awin dan anom)


Semoga Bulan Ramadhan pada kali ini kita mendapat manfaat dan berkat daripada ALLAH S.W.T dan segala amal kebaikan yang kita lakukan diterima oleh-Nya. InShaAllah. Ameeenn. Anway, esok pepagi selepas subuh zura, adik dan mak zura akan ke pasar untuk membeli barang-barang masakan. Esok hari terakhir berpuasa dan InShaAllah malam esok malam raya dah boleh dengar takbir raya. Sedihnyaa ='( zura pun kena tidur awal, Semoga Allah permudahkan urusan kita semua pada esok hari. InShaAllah. SEKIAN.




p/s:Jangan lupa bangun sahur esok. Last Sahur untuk Ramadhan kali ini. Btw, Selamat Hari Raya. Berhati-hati di jalanraya ketika pulang ke kampung untuk berhari raya. Take Care!!! SALAM LEBARAN daripada ZURA !! ^^



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

No comments: