Alhamdulillah kita diberikan nikmat untuk menikmati juadah berbuka puasa yang enak-enak dan sedap-sedap disamping orang yang kita sayang. Assalammualaikum semua. Alhamdulillah hari ini zura beriftar bersama keluarga terchenta di Laman Selera Putrajaya Presint 1 bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Bunyi macam grand je kan? Haa..TAPI sebenarnya tempat makan nie simple and nice view. Sambil makan boleh cuci mata tengok keindahan Pejabat Perdana Menteri disinari dengan cahaya lampu yang bergemelapan. HIHI. Act ada banyak kedai kecik-kecik/kiosk dan kita kena layan diri (self-service). Pergi satu-satu kiosk, order, then kena amik sendiri time tue kita bayar. Best sangat tempat nie. Ada kedai minuman, satay, western food, nasi goreng, mee goreng, bermacam makanan goreng-goreng, roti canai, rojak, kuih-muih, sup-sup tulang dan macam-macam lagi. Semuanya ada dijual dengan harga yang berpatutan. zura dan family selalu datang makan kat sini. Tadi family zura berbuka puasa sorang makan 2 pinggan. Haha. Dengar macam kebuluq je kan. bhahaha. First round semua makan western food sebab memasing mengidam lama tak makan ciken chop, beef steak semua. Second round pekena nasi goreng pulak. Daebakk kan?! HAHAHAA. Yang tak tahan pinggan memasing licin yang tinggal hanyalah cili api! =D Lepas makan,kami pusing-pusing putrajaya dan amik gambar. We're enjoyed our IFTAR with a great FAMILY todayyy!! ^^
sumber google
Night View. Ohsemmm kann.
Haa macam nie laa bentuk kedai/kiosk yang zura cakap. Hampir 8 gerai/kiosk cecomel macam nie menjual pelbagai jenis makanan. Ada makanan Utara,Selatan,Timur dan Barat.
Abaikan muka sememeh nie!!bhahahaa. Fine adik zura malu-malu ayam nak bergambar. Eh eh ada abah la kat belakang. muehehehe
Kegelapan. Night mode and lighting affect.
Jambatan Putrajaya
My sister
View of Putrajaya from the Putrajaya Bridge. Masjid Besi.
View of Putrajaya from the Putrajaya Bridge. Masjid Putrajaya dan Kompleks Pejabat Perdana Menteri.
Macam mana? Dengar macam bestkan. Memang Best punnn. Makanan dia semua sesedap. Singgahlah makan dekat sini. Pasti tak menyesal punyaa. Hehe
MAKLUMAT LANJUT
**Ada 8 unit kiosk berkonsepkan OUTDOOR CAFE**
SELERA LAMAN PERDANA PRESINT 1, PUTRAJAYA
LOKASI : Terletak betul-betul bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Perdana Menteri. (On the way nak pergi Masjid Putrajaya atau Dataran Putrajaya akan nampak kiosk nie sebelah kanan)
WAKTU OPERASI : Setiap Hari Dari Pukul 4.00 petang sehingga 11.00 malam
SALAM RAMADHAN
Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?
1 comment:
hehe. adah pernah pergi dgn kawan sekerja dulu :) Jalan-2 carik makan. ayam penyet kat situ pun TERBAIK. hehe
Post a Comment