Wednesday, August 7, 2013

♥♥ SALAM LEBARAN MINAL AIDIN WAL FA IDZIN ♥♥

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum kepada semua yang mengenali diri ini. Dengan seikhlas hati, zura memohon ampun dan maaf kepada semua ahli keluarga, insan tersayang, sahabat handai, saudara mara, guru-guru, pensyarah, pembaca blog zura serta umat Islam di seluruh negara andai selama kita mengenali zura ada membuat kalian tersinggung hati, terasa hati, marah atau apa sahaja dengan sikap, tingkah laku, perbuatan dan percakapan zura serta penulisan zura di blog. Mohon Ampun & Maaf di pinta. Sesungguhnya zura manusia biasa yang banyak dan selalu melakukan kesalahan dan kesilapan secara langsung atau tidak langsung.


Dalam kita mengecapi kebahagiaan dan meraikan kemenangan kita setelah sebulan berpuasa janganlah kita lupa dan alpa kepada insan/keluarga yang kurang bernasib baik. Hulurkanlah bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Kalau ada lebih masakan seperti rendang, ketupat sedekahkan lah sedikit kepada mereka supaya mereka juga dapat merasai nikmat dan keseronokan di hari raya. Semoga dengan bersedekah rezeki kita semakin murah dan bertambah. InShaAllah.



Kepada semua zura ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN. Jaga diri, Jaga Keselamatan di mana sahaja anda berada, Jaga Hati, Jaga Iman. TAKE CARE GUYS!! Jangan makan banyak sangat. Kawal nafsu di hari raya. HIHI =)
Minal Aidin Wal Fa Idzin




p/s:Agak-agak tahun nie zura dapat berapa eyh duit raya?! makin besar makin susah nak dapat duet raya. Nak jadi kanak-kanak baliklahhh, BOLEH TAK??! bhahahahaa Okay gurau je!! muehehe
SALAM LEBARAN
Lots of LOVE from ZURA



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

No comments: