Wednesday, May 11, 2011

14 GAYA HIDUP 'happy girl' ...

Assalammualaikum =)


Kita pasti pernah melihat kawan2 kita yang hidupnya sentiasa ketawa,
tersenyum dan bahagia??
Padahal kehidupan mereka jauh lebih sibuk berbanding kita.
Kedudukan kewangan juga sama seperti kita.Malah ade ketika nya
kamu lebih mewah berbanding mereka.Namun,mengapa mereka selalu happy??
Tidak perlu berfikir yang berat2 kerana ternyata resepi untuk bahagia itu sangat mudah.

Untuk post kali ini aku ingin berkogsi beberape tips 'happy girl' hasil dari
pembacaan aku.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

1-Realistik
 'The happy girl' selalu berusaha memandang sesuatu perkara dari sudut yang positif
setiap aspek yang mereka miliki.Tuhan mungkin tidak selalu memberi
apa yg kita inginkan tetapi Tuhan memberikan ape yang kite perlukan.

fikir POSITIF, ketepikan NEGATIF


  
     2- Hidup untuk hari ini
'The happy girl' hidup untuk hari ini.Mereka tidak akan membiarkan
diri di kuasai oleh masa lalu.Apa yg penting apa yg ada dlm fikiran tidak
overloaded kerana terlalu banyak berfikir.






3-Tidak pernah berkira
Tidak pernah berkira stiap kali berbuat baik dengan org lain.Means mereka tidak berharap
di balas budi kerana setiap pertolongan yg diberikan adalah ikhlas.




4-Tumpang bahagia
Mereka akan ikut senang dgn kebahagiaan orang lain.Kebahagiaan orang lain
mereka anggap sebagai kebahagiaan mereka juga.





5-Tulus memaafkan
Saat ade yg berbuat salah kpdnya dan meminta maaf 'happy girl' akan sentiasa
sedia memaafkan bukan hanya dimulut sahaja kata maaf sdangkan di hati
masih berdendam.





6-Anti-dengki
'The happy girl' selalu yakin bahawa setiap orang ade kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Oleh kerana itu lah mereka jarang dengki kepada orang lain biarpun ade
yang lebih dari mereka.

selalu lah cek hati kita supaya kita tidak dengki dengan orang lain.




7-Ketawa
Selepas ditimpa pelbagai musibah atau mengalami pelbagai masalah 'happy girl' masih
boleh ketawa.Mereka memilih untuk tetap ceria kerana tahu bersikap sedih tidak
boleh mengubah keadaan.

ketawa boleh menceriakan hari anda!! =)




8-Minus mengkritik
'The happy girl' tidak pernah mengkritik penampilan atau sikap orang yang
berbeza dengannya.Mereka tahu setiap orang mempunyai selera masing-masing.
Daripada pening fikirkan orang lebih baik uruskan diri sendiri.





9-Hukum alam
'The happy girl' selalu menyedari hukum alam berjalan dengan seimbang.Apa yang
mereka tanam itu yang mereka tuai.Makanya mereka paling anti menyusahkan orang
lain kerana tahu ianya akan berbalik padanya nanti.




10-Sahabat tulen
Hubungan persahabatan yang dimiliki oleh 'happy girl' biasanya sangat berkualiti.
Mereka mungkin jarang menyapa sahabatnya di  facebook tetapi saat kamu
memerlukan mereka pasti setia di sisi.


~Friend forever~



11-Jujur
'The happy girl' tidak akan ragu menjadi diri sendiri dan tidak perlu berusaha
keras untuk tampil baik di hadapan orang lain.Mereka juga jujur dengan diri sendiri.
Jika suka akan kata suka, dan tidak suka akan kata tidak suka.




12-Pegang kendali
'The happy girl' tidak suka hidupnya dikuasai oleh orang lain kerana mereka memegang
kendali untuk mengawal dirinya sendiri.Kegagalan yang terjadi bukan bererti mereka
tidak mampu meraih ape yang mereka inginkan.Mereka tahu itu
cuma masalah waktu dan sentiasa yakin kegagalan merupakan kejayaan yang tertunda.





13-Bijak membezakan
'The happy girl' tahu ape yang diingankan dalam hidup.Mereka hanya melakukan pekerjaan yang
mereka suka, memakai wang mengikut keadaan dan bijak membezakan
sesuatu perkara yang baik atau buruk.Mereka menjalani hidup tanpa ade rasa beban.





14-STOP!!! Menyalahkan diri
Meskipun sering bersifat rendah diri namun 'happy girl' tidak akan terus menerus
menyalahkan diri sendiri atas ape perkara buruk yang berlaku.
Manusia boleh merancang tetapi segala yang berlaku bukan di tangan kita.

BERHENTI menyalahkan diri.
'Learning today to make a difference tomorrow'



so,
Adakah anda tergolong dalam golongan 'happy girl' ?? Kalau ade baguslah..
teruskan gaya hidup anda yang sememangnye 'happy girl'.
Kalau takde mulakan hidup anda dengan kehidupan yang
lebih sempurna dan bahagia . Wallahu'alam ..Sekian ^_^




Wassalam =)

p/s: sekadar psikology untuk kita perbaiki diri . =)





Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

2 comments:

afif said...

salam..bgs2 syg..truskn jd hepi gurl..br ade senyuman yg x lekang dr bibir yg manis 2..huhu

afif said...

ptt la syg slalu je hepi..gne prnsip nie ea?? hehe