Tuesday, January 21, 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN SPM, STPM2013, STAM2013, DIPLOMA DAN SETARAF, MATRIKULASI/ASASI UiTM/PASUM


Hi semua..memandangkan hari ini adik zura sibuk mengisi borang permohonan upu bagi lepasan diploma dia, so zura just nak remind korang semua korang dah isi ke belum? Bagi adik-adik lepasan spm, stpm2013, diploma, stam2013 2012, matrikulasi/asasi uitm/pasum yang belum buat permohonan cepat-cepatlah pergi beli no pin upu dekat BSN yang berdekatan rumah memasing berjumlah RM17.00 (if not mistaken).


Tarikh permohonan upu dibuka pada 20 Januari 2014 sehingga 7 April 2014 sahaja. Kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih. So, kepada sesiapa yang nak sambung belajar di peringkat Ijazah cecepatlah isi permohonan kemasukan sebelum tarikh tutup. 







Bagi sesiapa yang sudah membeli no pin pula, disini zura nak bagi tips macam mana nak pilih bidang yang bersesuaian dengan keputusan yang korang dapat diperingkat spm atau stpm atau matrikulasi/asasi/pasum atau diploma dan setaraf dengannya.


Contoh keputusan stpm atau diploma korang cgpa keseluruhan 3.33, so korang pergi dekat syarat-syarat permohonan kemasukan tengok bidang mana yang bersesuaian dengan tahap cgpa korang itu. Takdelah nanti korang isi bidang main hentam kromo je kan. Mostly isi ikut bidang yang kita minat je. Memang kita kena pilih ikut bidang yang kita minat, tapi biarlah kita isi bidang yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan kita. Bak kata pepatah 'ukur baju dibadan sendiri'. Ikut kemampuan kita jugak okay? =) Ianya juga memudahkan pihak pengurusan memilih individu yang berkelayakkan dengan keputusan yang diorang dapat. Bagi zura apa pun bidang yang kita pilih susah ke senang pasti kita akan dapat berkerja lepas graduate nanti. PASTI ! (bergantung kemahuan kita juga) ^^'


    Bagi yang pertama kali nak isi Borang Permohonan Kemasukan ke IPTA anda boleh klik disini

Untuk e-panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA anda boleh klik disini
                                *mengenai IPTA/Politeknik Premier
                                *senarai program pengajian yang ditawarkan
                                *syarat khas program

                      Bagi mengetahui kategori permohonan, anda boleh klik disini


All the best kepada yang membuat permohonan ke IPTA. InShaAllah kita berdoa dan tawakal banyak banyak. Minta padaNya. Dia maha mendengar. Lahaulawalakuwwataillabillahilalihil'azim. Sekian.



p/s: more info anda boleh menghubungi nombor telefon yang telah dibulatkan didalam gambar diatas. TQ !



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

1 comment:

farah said...

Klu lpasan diploma tahun ni bleh isi x? ada yg ckp xbleh isi sebab result akhir keluar bulan 5 n trikh ttup upu bulan 4.