Sunday, March 3, 2013

PTPTN vs JPA

Assalammualaikum =)


Hai semua. Selamat Petang dan Selamat Berhujung Minggu =)
Petang nie zura kebosanan dan tak tahu nak buat ape. Lately banyak sangat fikir dan masalah selalu datang tanpa diminta ! Huhh Ini lahhh dugaan seorang manusia yang hidup di muka bumi nie kott !
Tidak terlepas dengan macam masalah sama ada masalah kecik atau besaqq!!
It's okeee as long as I can handle it I'm FINE ! (¯―¯٥ )


Well, berbalik kepada topik asal PTPTN vs JPA??!
What the issuee??
Here I want to stories to all my readers ~


Mesti semua yang nak sambung pengajian akan ambil PTPTN, JPA atau mana-mana badan NGO/Kerajaan bagi menampung kos untuk anda menyambung pengajian ke IPTA atau IPTS. Right??
Tak kira lahh nak sambung pengajian ke Poli, Universiti ke Kolej, PTPTN mesti dana utama yang akan korang pilih termasuklahh zura.
Act zura ada pengalaman pahit ketika apply PTPTN nieee.
~(.~) ~(.)~
 
 
You know what? time zura apply this PTPTN tiba-tiba masalah muncul iaitu tandatangan saksi di LIQUID !
Masa zura nak hantar semua borang PTPTN adelaa pegawai PTPTN recek semua borang tue to make sure all the details complete, correct etc. Tiba-tiba pegawai tuh cakap 'dik borang nie berliquid saya tak boleh nak terima.' time tuh zura rasa Ohh bala dah datang !!
zura explain yang liquid tuh bukan my fault.
I terangkan dari A till Z BUT she reject my form ! Dah la pegawai tue tak mesra alam ! Huh
Ohmaigaaddd !!! I already know that borang memang tak boleh di LIQUID langsung BUT it's not my fault !
Pembantu Pengetua Kolej zura yang me'liquid' borang tuh !
Dah la time hantar borang PTPTN tue dia buat kat dewan kolej lain bukan kolej kediaman zura.
Hurmm


Time tuh zura stress sangat-2 sebab terpaksa pergi berlari dari dewan kolej tersebut ke kedai fotostat then pergi mintak tandatangan kat pejabat fakulti pulak. Sangat la jao tempat tue. You know what sambil berlari zura menangis sebab rasa diperbodohkan jee. (-̩̩̩-̩̩̩_-̩̩̩-̩̩̩)
cepat-2 zura call mak cerite hal yang berlaku. Mak zura siap cakap kalau taknak amik PTPTN tak payah hantar borang BUT bila zura fikir balik kesian dekat my parents takkan nak tanggung zura kot. zura ramai adik-beradik yang tengah belajar. Banyak pakai duit. I realize so zura pun terpaksa lahhh berlari 1500 m sebab nak cepat takut pejabat fakulti tutup ! Huhh (ˇ_ˇ'!l)


Then dah settle, zura pergi balik nak hantar semua borang kat dewan kolej tue. Pegawai tuh recek balik then dia cakap 'dik borang dah oke tapi kenapa berbeza tandatangan?'. zura pun cakap 'puan tak cakap pun tandatangan kena sama, puan cakap tak boleh liqiud je?'. zura argue dengan puan tue. Lama jugak la zura mengamuk kat situ. 1st time zura rasa marah dan geram dengan orang macam tuee ! Ingat kita takde kerja lain ke?! zura pun keluar dengan muka geram then berlari sekali lagi ke pejabat fakulti sebab time tuh dah pukol 5 petang. zura siap mintak tolong akak mane ntah tumpangkan hantar zura sampai ke fakulti sebab zura memang tak larat nak berlari dah. *buat muka tebal*.
Mujur pejabat tak tutup lagi. Aku mintak akak tuh recek semua then berlari balik ke dewan kolej tersebut nak hantar borang PTPTN. Akak opis tuh siap kata 'dik jangan berlari penat nanti'. Maybe akak tue tengok muka zura dah pucat kot. Aku pun kata 'oke kak,terima kasih'.


Bile sampai dekat dewan tue zura selawat harap-2 dah takde masalah. Syukur sebab dah settle semuanyee. zura keluar terus menangis sebab tersangaattt lahhh penat. kawan-kawan zura setia menunggu depan dewan tue. zura terus peluk diorang. menangis kat situ. Lantak pi lah orang nak tengok asal zura rasa lega lepas menangis. zura pun terus call my sayang cite kat dia. Dia terus datang dekat kolej tue even time tuh dia demam. Hmm terharu `ʃƪ)  
 

Tragis tak cite zura?? Ohhhmaigadd kalau korang berada dalam keadaan zura how do you feel?
sampai zura fikir "cepat la dapat JPA aku tak sanggup nak pakai duit PTPTN nie" !
After 2 weeks if not mistaken, zura punye result JPA berjaya ! Syukur Alhamdulillah.
(⌒∇⌒●)
zura pun cepat-cepat settle kan semua borang JPA. Taknak last minit. zura amik pengajaran daripada kisah tragis zura mengisi borang PTPTN tue. Every single thing dekat dalam form JPA tuh I check twice.
Takut buat silap lagi! Alhamdulillah sampai sekarang JPA tetap dihati. zura terminate terus PTPTN !
Buat sakit hati je BUT Thank You to PTPTN jugak sebab menyara aku selama satu semester ! HarHArr


Moral of my storie kalau ade kesalahan dekat borang terus baiki. Kalau dia kata "TAK BOLEH LIQUID BORANG" so fotocopy semula borang yang ade masalah tue then ambik tandatangan baru.
Jangan tunggu pegawai PTPTN tuh cek ! Semak banyak kali semua details dalam form tuh. Bia juling sekalipun asal jangan ade kesalahan ! dan menyusahkan diri kita jugak nanti.


Okelaa kawan-kawan terima kasih sebab sudi baca entry zura kali nie. Even zura tulis panjang lebar hope korang baca sebab ini pengalaman zura yang reality. Kepada sesiapa yang nak apply PTPTN take note what I said just now. Thank You for reading ! Much Love. xoxoxo
Salam Maghrib 
¸.•°*”˜˜”*°•. ♥  
 



---------------0ooo Sekian ooo0---------------




p/s: nak ucapkan terima kasih kepada akak yang hantar aku kat fakulti dengan motor dia. May ALLAH Bless You sister ♥ ~



Wassalam =)



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

2 comments:

Mim Hasniyah Yusof said...

Pernah kena benda yang sama gak dulu. Hehe. :)

Unknown said...

salam Akak kalau terminate ptptn kena bayar balik kan?