Saturday, October 10, 2015

LEGOLAND WITH SISTER

Selamat Petang semua =)


Hari ini zura rajin nak update blog even depan mata bersepah dengan thesis ! Pheww Hahaha I'm not in the mood to settle my proposal yet. Still find an interesting introduction. Hope after this I can get some ideas for my proposal. Hm 


Selepas 'resign' part time dekat firm jurukur, my blood sister and I ada pergi short vacation. Alaah dekat je pun dekat Legoland !! Hahaha Tiket sponsor siapa taknak kan? Sanggup redah KL-JB-KL. Pergi weekdays best sebab takda orang sangat. Semua benda boleh main tak payah beratur dan rebut-rebut. We got Combo Tiket which can go for theme park and water park. Thanks JDM!


Legoland adalah salah satu theme park yang terbesar di Johor Bahru terletak di Bandar Medini, Nusajaya. Harga tiket berbeza mengikut peringkat umur (kanak-kanak/warga emas dan dewasa). Terdapat 4 jenis tiket iaitu:

1.   Standard Tickets
2.   MYKAD Promotion - Biasa untuk warganegara Malaysia. 
3.   Annual Pass - Unlimited access for Theme Park Only. Valid for 12 months.  
4.   Premium Annual Pass - Unlimited access for both Theme Park and Water Park. Valid for 12 months.
**Both Annual/Premium Pass can be renewed**

Untuk maklumat Lanjut, Tiket boleh cek di website Legoland Malaysia. klik disini


Kepada pengunjung atau pelancong yang datang dari jauh anda boleh cek in di Hotel Legoland. Terdapat 4 jenis bilik yang mempunyai tema yang tersendiri dan sangat menarik. Boleh klik disini


Here we go our short vacay !! *Rasa nak pause semua moment because its too sweet to remember*



THEME PARK

 Semua gambar adalah dibina menggunakan LEGO ! Sebenarnya banyak lagi tempat selain daripada gambar-gambar dibawah. Ada KLCC, Putrajaya, Pejabat PM, Negara China, Taj Mahal dan banyak lagi. Sangat teruja dan menarik. Salute !


Stesen Bas/KLIA

Lapangan Terbang

Pelabuhan Klang



Bandaraya Johor Bahru



Istana Bukit Serene

Singapura

Me, Nana and Kak Munirah

Roller Coaster









WATER PARK

Dekat water park tak banyak ambil gambar sebab lupa bawak monopod, sjcamera dan waterproof casing --''
Too bad !




Seronok sangat! We enjoyed every moment. Semua tempat pergi. Naik macam macam benda. Yang paling dibanggakan zura berjaya naik roller coaster 3 kali. HAHA



Don't forget to bring your family here. 



Sekian.



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Tuesday, August 25, 2015

BLOOD SISTER

Ya Allah lamanya tak update blog !!!! Berbulan bulan tak sempat nak tulis apa apa. Hm
Hai semua. Assalammualaikum. Alhamdulillah zura tengah cuti semester then baru habis part time tempat praktikal dulu. InshaAllah, bulan September ini I'm gonna be a final year student at UTM. Kejap je masa berlalu hampir 4 tahun zura di bumi Johor Bahru.


Act malam nie zura nak cerita pengalaman praktikal + part time.


Selama buat praktikal plus part time dekat JDM, terlalu banyak kenangan terutama kenangan manis yang tercipta. Allah !! rasa seronok sangat selama berkerja dekat sana. Semua bos, draughtsman, chainman bagaikan satu family. Hubungan kami sangat rapat terutamanya dengan kakak kesayangan, Kak Munirah (kak muni). Hampir setiap minggu spent time dengan kak muni dan nana pergi lepak lepak, makan then selfie. Hahaha


Praktikal seronok bila mana kita dapat adept dengan persekitaran, suasana dan orang yang berkerja dekat office itu. Alhamdulillah my choice is better than I expected. Orang-orang dekat office JDM sangat friendly dan gila-gila. Bak kata orang banyak orang banyak ragam, tapi ragam diorang buat sis mudah terhibur. Hahaha Tak dinafikan dekat office jugak ada orang yang kita rasa annoying, tak suka, poyo dan blabla tapi kita sebagai budak mentah yang sedang berpraktikal yang nak cari ilmu dan pengalaman kita just ignore dan buat taktahu jelaa. Pedulikan cakap-cakap orang yang 'busybody', That's it.


Nanti ada masa nak update pasal sambutan hari raya dekat office JDM ( hari terakhir kerja ) dan short vacay zura, kak muni, nana pergi Legoland. Weehuuu
Sebelum tidur zura nak belanja gambar kenangan. Goodnight Kesayangansss !! 


   






























XOXOXOXO



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Friday, May 22, 2015

SENARAI BIASISWA YANG DITAWARKAN BAGI LEPASAN STPM/MATRIKULASI DAN SETARAF TAHUN 2015/2016

Salam Jumaat semua.

Hari ini zura nak kongsikan antara link yang menawarkan tajaan biasiswa bagi sesiapa yang masih tercari-cari tajaan/yayasan yang sesuai dengan kelayakkan masing-masing bagi menyambung pelajaran ke Universiti pada bulan 9 akan datang. Di bawah adalah antara biasiswa yang ditawarkan untuk lepasan STPM/Matrikulasi dan setaraf:

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP):http://www.ypm.org.my/index.php…
Tun Rahah Scholarship Fund: http://www.yayasancemerlang.org.my/
Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/
Biasiswa Tunku Abdul Rahman: www.yayasantar.org.my
Felda Johore Bulker Sdn Bhd: www.feldaholdings.com
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: www.sabah.gov.my/jpan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak:www.psc.sarawak.gov.my
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah: www.biasiswa.sabah.gov.my
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan:www.maiamp.gov.my
Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: www.perak.gov.my
Majlis Agama Islam Negeri Johor: www.maij.gov.my
Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): tapem.melaka.gov.my
Gamuda Berhad: www.gamuda.com.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan:www.jkmwpkl.gov.my
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: www.kwsp.gov.my
Lembaga Zakat Selangor: www.e-zakat.com.my
Bank Rakyat Malaysia Berhad: www.yayasanbankrakyat.com.my
Pusat Zakat Sabah: www.zakat.sabah.gov.my
Yayasan Negeri Sembilan: www.yns.gov.my
Skim Biasiswa National Science: www.masduke.net/download/nsf.doc
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: www.mosti.gov.my
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): www.perkeso.gov.my
Sarawak Shell Berhad: www.shell.com.my
Sapura Industrial Berhad: www.sapuraindustrial.com.my
Terengganu Advanced Technical Institute: www.tatiuc.edu.my
Yayasan Felcra: esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html
Yayasan Pahang: www.yp.org.my
Yayasan Sabah: www.ysnet.org.my
Yayasan Selangor: www.yayasanselangor.org.my
Yayasan Tenaga Nasional Berhad: yayasan.tnb.com.my
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN): www.yakin.kelantan.gov.my
Yayasan Terengganu: www.ytrg.terengganu.gov.my
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ): www.johordt.gov.my/ypj
Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman:yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf
Yayasan Pelajaran MARA: http://www.ypm.org.my/index

Bagi yang ingin memohon tajaan JPA, di bawah ini zura screenshotkan tarikh bagi permohonan penajaan PIDN 2015 yang dibuka secara dalam talian mulai 18 MEI 2015 jam 10.30 pagi hingga 24 MEI 2015. Untuk memohon klik disini





Selamat Mencuba ! Goodluck semua =)

p/s: Mana link yang tak boleh dibuka, zura MOHON MAAF ! zura bantu apa yang boleh. Semoga apa yang dikongsikan memberikan manfaat kepada semua.


Sekian.


Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Friday, March 20, 2015

LATIHAN INDUSTRIKU

Selamat malam semua.


Lama zura tak update blog kan? Sorry I've been busy for my practical. Ikut offfice hour kan so memang tak sempat nak update blog. Dah 2 minggu kerja (latihan industri) so far okay dah boleh adept dengan suasana kerja, tempat kerja dan officemate yang baru. Semua baik-baik belaka =D
Paling best officemate semua sporting! Hehehe..baru seronok nak kerja ye dok?? 


Dua minggu praktikal alhamdulillah zura dapat turun site 2 kali. Act, duduk office bosan sebab tak banyak kerja. So bila dapat turun site hati gembira even terpaksa berpanas, berpeluh dan bergelap (burn). At least dapat 2 kali sebulan turun buat kerja dekat lapangan pun jadilah kan. Zura nak rasa jugak macam mana buat kerja yang sebenar. Sebelum ini dalam kuliah banyak teori, so sekarang tengah praktikal it's better for me to grab this opportunity. Budak site semua gila-gila so senang nak buat kerja. 


1st day turun site.
Tempat: Larkin. Details Survey.






2nd day turun site.
Tempat: Tg.Sedili Kechil. Details Survey dan GPS.







Nampak tak betapa gigihnya zura buat survey. Hahaha
Kepada sesiapa yang nak ambil kos geomatik ini, better apply sebab kos zura adalah bidang professional. Kaum wanita digalakkan untuk apply. Kalau yang tak tahan panas better pergi main jauh-jauh. KahKah! Rasa macam dah lari tajuk. Oklah nak tidur dulu. Goodnight !



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Thursday, February 5, 2015

IOI CITY MALL,PUTRAJAYA

Selamat Petang semua !

Semalam zura berkesempatan pergi ke shopping mall yang baru dibuka di Putrajaya. Rasanya ramai yang dah pergi kot IOI City Mall, Putrajaya. No bad. Mall dia macam MidValley jugak. IOI Mall Putrajaya ini banyak sangat kedai pakaian dan kedai makan tidak ketinggalan ice skating, district 21 dll. Semalam zura banyak masuk kedai baju. Mostly dah start sales sempena CNY. Antara kedai yang famous haruslah MAGNUM,Putrajaya. Dulu adik zura pergi beratur panjang gilaa memang ramai orang, hari semalam zura pergi langsung tak ramai orang. Hehe


Lepas habis shopping, kitaorang makan dekat Dapur Penyet. Recommend by adik zura. Dia dah pergi sana 3 kali ternyata makanan dekat sana sedappppp!! Pedas yang paling utama sampai tambah nasi dan tapau bawak balik rumah. hahaha



MAGNUM Putrajaya


Dapur Penyet
Daging dendeng masak berlado the best ! Pedassss


Shopping sedas dua
wiwiwii


Haruslah selfie




Sekali masuk dekat IOI City Mall, Putrajaya

Weekdays : First 3 hours - RM1.00
                  Next hours - RM1.00

Weekend : RM3.00 *if not mistaken*



Happy Shopping !



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

CADANGAN MAKAN #1

Hi ! Selamat Malam. Semua mesti dah dinner kan? So, zura nak hidangkan beberapa makanan untuk tatapan semua. Jangan terliur tau ! Hehe


Kalau malam malam cenggini memang pantang sikit nak post gambar makanan. Maklumlah mencabar nafsu orang yang sedang diet. Kahkahkah


Minggu lepas zura dengan keluarga pergi dekat satu restoran nie.Restoran tue kitaorang tau dalam cerita "Best In the World" *tak ingat channel berapa* kuikuikui


Nahh tengok tatap puas puas ! Lepas nie boleh pergi makan. Restoran dia biasa je tak grand macam restoran yang lain tapi makanan western dia perghhh best !! 



BIG PLATE


Most popular here. Mushroom soup.
RM8.90


Mix Grill
Around RM25++


Chicken Picatta
RM22.00


Chicken Mix
RM20++


Salmon Steak
Tak ingat berapa


Fish N Chip (regular)
RM15.90


Beef Steak
RM23.50






Terliuq takkk?? Hahaha
Semua harga makanan western dekat sini yang 'BIG PLATE' dalam RM20++. Minuman murah je.
Rating untuk Restoran Big Plate :

Suasana Restoran 5/10 (kena banyakkan dekorasi yang menarik)
Service makanan 7/10 (agak cepat)
Harga makanan 7/10 (tak mahal dan tak murah)


Alamat : 27, Jalan Alfa F U6/F,
 Kampung Bunga Raya, 40150 Shah Alam, Selangor.

(Kalau dari Shah Alam, akan nampak restoran ini betul-betul tepi highway sebelah kiri)




Selamat Mencuba semua ! Goodnight ^^.




p/s:Total family zura makan dekat sini RM200++. Nasib abah belanja sempena belated birthday! Hehe



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?