Wednesday, April 30, 2014

KENANGAN PROKID'14 BERSAMA ADIK ADIK SMK TG DATUK =)

Bismillahirrahmanirrahim..Salam semua =)


Hari terakhir bulan April baru zura berkesempatan untuk update belog. Maaf atas kesibukkan yang melanda. April is the busiest month and a very hectic week for me. Banyak sangat kursus dan kerja yang perlu diselesaikan. Maklumlah bulan depan dah start final. Im not prepared anything. Hm Its Okay ! Semoga Allah permudahkan urusan, persediaan final dan hari peperiksaan akhir zura nanti. Amin.


Bersyukur sebab kursus jpam zura minggu ini batal. Supposely start malam ini sampai 4.5.14. Kalau tak memang takda rehat la gamaknyaaaa. Act niat dihati nak balik rumah tapi assignment, projek banyak so better zura rest dekat u dan buat ulangkaji. Yeke? HEHE Yeeeeee !! lalalalaa =D


Act malam ini zura nak review sikit pasal aktiviti yang telah zura sertai minggu lepas. PROKID'14. Yess!! Program ini adalah aktiviti wajib (kot) bagi kolej zura iaitu KTDI. Zura bertuah sebab terpilih menjadi salah seorang fasilitator bagi SMK Tanjung Datuk Kota Tinggi, Johor. Sangat bertuah sebab zura dapat rasai kemanisan menjadi akak fasi dan dapat merasai kasih sayang dari adik-adik daripada SMK Tg Datuk terutamanya adik-adik kumpulan zura iaitu kumpulan 10. Program selama 3 hari 2 malam itu di isi dengan pelbagai aktiviti dan refreshment yang sangat menyeronokkan. Macam macam slot ada slot menangis, slot ceramah dan motivasi, slot explorace, kerjaya dan paling best slot refreshment. Slot menangis paling banyak rasanya. HAHA  =)


Zura gembira sebab adik-adik kumpulan zura semua sporting even ada 2 3 orang yang pasif sikit tapi bila enjoy diorang bagi komitmen baik. Banyak moment manis bersama adik-adik. Jaga adik sakit, main dengan adik, buat refreshment 'orang bilang' dan 'gemuruh' dengan adik-adik. Rasa hilang kejapla stress dekat u tu. Hehe


Untuk mengubat rasa rindu dekat mereka, zura nak selitkan beberapa keping gambar untuk tatapan dan kenangan kami GROUP 10 =)











Adik; mun, lifah, gee, yana, zira, fara, syahmi, achit, min, epul, rafiq dan sorg lagi lupa *maaf* ,
akak doakan adik adik berjaya dalam SPM nanti. Jangan lupa input yang akak dan abg fasi lain bagi. Thanks sebab adik adik rajin wassup dan chat dengan akak. Pape adik adik boleh tanya akak okay. Rindu dengan korang semua !! Semoga BERJAYA dunia dan akhirat ! Doakan kejayaan akak di UTM jugak okay? May Allah bless all of you and me. InShaAllah.


Akhir kata PROKID'14 SMK Tg Datuk Zon Selatan THE BEST !

spot me ! ngehngehngeh =P

*****************************************************************************

Mr.Afif abang fasi jugak tapi kumpulan 1 kita kumpulan 10. Awalan dan Akhiran.
HEHE
Just to say 'Happy Relationship My LOVE ! 3years 2 month on 1st MAY 2014 =)




p/s: Abaikan muka zura yang berminyak, gelap dan lain lain. Faktor berjemur di cuaca panas. Sekian. HIHI



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Wednesday, April 2, 2014

KURSUS PEGAWAI TAK BERTAULIAH (PTB) 2014


Lama tak update blog. maaf semua. semester ini tersangat sibuk. zura sangat busy dengan fieldwork, test, quiz, assignment dan semalam zura baru habis kursus pertahanan awam. sibuk mengalahkan PM. Hihihi
Act 27hb lepas zura dah mula cuti pertengahan semester tapi disebabkan projek dan kursus, alhamdulillah malam semalam zura selamat sampai rumah :)


Untuk mengubati kerinduan para pembaca blog zura, hari ini zura spent masa untuk berblog. Hari ini nak cerita pasal kursus pegawai yang zura hadiri selama 5 hari 4 malam di UTM. Sekarang zura dah ada no.badan anggota dan di letakkan di bawah cawangan johor bahru :)


Zura menyertai Kor Sispa UTM di universiti iaitu salah satu badan beruniform di UTM. Dulu-dulu orang panggil JPA3 sekarang dekat universiti orang panggil Kor Sispa then bila kerja orang panggil JPAM. Faham tak? :) JPAM ini adalah salah satu badan sukarelawan di Malaysia. Bila kita dah habis belajar nanti, ikut kita nak jadi pegawai sukarelawan atau pegawai tetap. InShaAllah tahun depan zura akan diwatikakan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam, Left.Muda (PA) bila zura selesai lima kursus pegawai nanti.
Kursus pertama yang telah zura hadiri adalah Kursus Pegawai Tak Bertauliah (PTB) di mana selama 5 hari itu zura dan kawan-kawan belajar cara kawad kaki dengan betul siap ada ujian lagi. Alhamdulillah lulus. kekeke


Akan datang zura akan hadiri kursus ke-2; Kursus Pegawai pada 17/4/14 - 20/4/14, kursus ke-3; Kursus Methadologi pada 1/5/14 - 4/5/14 dan kursus ke-4; Kursus Kemahiran belum ditentukan bila. Kursus ke-5 ialah Kursus Asas dimana zura telah pun menghadirinya sem lepas :) So, bertambah pack lah masa zura dan memang takde masa nak berblog.


Lepas habis semua kursus-kursus itu, zura akan fokus untuk study week dan final pada akhir bulan 5 nanti. Then, lepas habis final pada 12/6/2014 zura ada khemah ukur a.k.a survey camp di Lumut, Perak selama dua minggu. Jangkaan habis survey camp pada 26/6/2014 tiga empat hari lepas itu kita dah mula berpuasa. Huhh sangat menguji kekuatan sem ini. Semoga Allah permudahkan segalanya. ameen.



KURSUS PEGAWAI TAK BERTAULIAH (PTB) SESI 1 2014
KOR SISPA UTM
Pegawai Latihan : Jurulatih daripada Akademik Latihan Pertahanan Awam Bangi (ALPHA)






 Hormat..Hormat ke hadapan hormat ! =)


Semoga Ukhuwah antara kami Sispa 6 (full uniform) dan Sispa 4 (t-shirt sispa) semakin erat dan terjalin mesra. Selamat Berkursus dan Di Watikahkan pada bulan 8 nanti =) Tidak lupa juga kepada Sispa 2.

Tuan yang sangat kami hormati.
Tn.Alias, Pegawai Kor Sispa UTM.

Barisan Kor Sispa bersama Yang Setia Left.Kolonel Bersekutu Mohd Fauzi B.Hamid (tengah), Pegawai dari Johor Bahru, Jurulatih dari ALPHA Bangi dan Pegawai Kor Sispa UTM.




p/s:yesss memang perempuan mempelopori kor sispa di utm. Hehe



Sekian.



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?