Hi semua. Selamat petang. Sekarang ini zura dah ada dekat utm. Semalam zura baru sampai jb. Esok dah start sem baru. Sem ini, zura akan study smart no study hard anymore. Selama 3 sem lepas zura banyak study hard bila nak exam je zura study, pastu zura banyak menghafal dari memahaminya..Bila free pulak zura banyak 'honeymoon'. huhuu. :'( zura rasa apa yang my syg, afif cakap betul. Diri kita sahaja yang tahu apa yang kita lemah dan perlu perbaiki. Masa SPM kita study hard, hafal itu ini walaupun tak faham sebab nak dapat banyak A's dalam SPM then nak masuk Matrik, Universiti (diploma). Bila masuk Matrik kita study hard, banyak hafal jugak untuk score pointer nak masuk degree. Bila degree takkan kita nak hafal jugak? Degree ini kita kena belajar sampai faham sebab kita nak apply dekat alam pekerjaan nanti. Bila kita faham automatik kita akan ingat dan hafal sendiri. Kalau seorang motivasi hebat sekalipun yang nasihat kita tapi kita taknak jugak berubah itu bukan salah dia tapi kita sendiri yang taknak berubah.Yess ini ayat afif yang selalu bagi kata semangat. So, belum terlambat untuk kita (terutamanya zura) untuk mengubah cara belajar sebab zura masih ada 5 sem lagi di utm. Biarlah 3 sem lepas mengajar zura jadi mahasiswa yang lebih matang dan suka berfikir. zura nak keep on study macam mana zura buat bila studyweek, buat past year dulu then banyakkan buat latihan. Sem ini jugak afif ajak zura study balik autocad dan cara buat report dengan baik. Maklumlah sem ini ada khemah ukur (subjek u) so kita orang nak bebetul score dan taknak ketinggalan lagi. Walaupun kita susah untuk berubah secara keseluruhannya tapi kita boleh jugak berubah secara perlahan. Berubah dari yang baik kepada yang lebih baik untuk kehidupan kita sama ada di dunia atau di akhirat. Tiada yang mustahil. 'If you change nothing, Nothing will be change'. Doakan kejayaan zura okay? InShaAllah zura sentiasa doa yang terbaik untuk semua. :)
**Jangan ada yang pelik bila zura cakap esok(ahad) dah start sem baru ye. Mulai 1/1/2014 negeri johor waktu berkerja/kelas/kuliah/sekolah semua bermula pada hari Ahad. Cuti pula pada hari Jumaat dan Sabtu. Macam pantai timur je. Siapa yang duduk pantai timur dah biasa la kot tapi zura still kekok dan tak biasa lagi. Masih pening-pening lalat. Setiap hari kena tengok kalendar dekat dalam fon. hihiii :)
Sekian.
p/s:setiap hari kita ada azam dan kita MESTI tunaikan azam kita itu. Bukan tunggu tahun baru je nak buat azam itu ini. 4 flat's is my target ! I can do it !
Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?
No comments:
Post a Comment