Monday, February 24, 2014

WITHOUT THE WORDS



Hi everybody ! Just a simple massege from me don't waste our time hating other people.
Use precious time to do something valuable in our life because life is too short, prove to other people that we can do something great than others. Many things we have to learn in life. We can create our life in most beautiful and precious moment. MUST ! Because time will not turn back.We don't have enough time to hate people actually if we use time properly. Only person who love time will appreciate every single things in their life. xoxox much love from me ! :)) Goodnight ! Sleep tight :*


Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Tuesday, February 18, 2014

CHIKEN POX MENYERANGKU PADA SEMESTER YANG BARU :/


Hi semua ! sorry lama tak update blog sebab zura kena chiken pox minggu lepas. Minggu ini still mc sebab doktor suruh berehat dekat hostel. Masuk ini dekat 2 minggu zura tak pergi kuliah. Seminggu yang lepas zura kena tahan wad sebab doktor suruh kuaratinkan takut berjangkit dengan orang lain. sobs sobs sedih sangat. Baru bukak sem, tiba-tiba zura kena penyakit chiken pox ini. memang rasa nak nages sebab family duduk jauh kena lawan penyakit sendirian. First kuliah je zura dapat attend kelas yang lain kena mc. Btw, anyone yang tahu dan pernah kena ciken pox ini boleh la bagitahu zura cara nak cepat sembuh dari chiken pox ini dengan memberi komen dibawah ye. zura sangat-sangat memerlukan nasihat/petua korang sebab dalam keluarga, zura orang pertama yang kena penyakit ini. Mak zura pun taktahu sangat pantang larang, cara nak jaga orang sakit yang kena chiken pox ini. Boleh makan apa?, tak boleh makan apa?, boleh mandi ke tidak?, ada pantang larang apa selain makan dan minum. Hurm anyway, nanti bila zura dah bebetul sehat zura update lagi mengenai chiken pox ini ye. Doakan kesihatan zura okay? Tq =)










Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Saturday, February 8, 2014

SEMESTER BARU AKAN BERMULA DENGAN PERUBAHAN (TRANSFORMATION)

Hi semua. Selamat petang. Sekarang ini zura dah ada dekat utm. Semalam zura baru sampai jb. Esok dah start sem baru. Sem ini, zura akan study smart no study hard anymore. Selama 3 sem lepas zura banyak study hard bila nak exam je zura study, pastu zura banyak menghafal dari memahaminya..Bila free pulak zura banyak 'honeymoon'. huhuu. :'( zura rasa apa yang my syg, afif cakap betul. Diri kita sahaja yang tahu apa yang kita lemah dan perlu perbaiki. Masa SPM kita study hard, hafal itu ini walaupun tak faham sebab nak dapat banyak A's dalam SPM then nak masuk Matrik, Universiti (diploma). Bila masuk Matrik kita study hard, banyak hafal jugak untuk score pointer nak masuk degree. Bila degree takkan kita nak hafal jugak? Degree ini kita kena belajar sampai faham sebab kita nak apply dekat alam pekerjaan nanti. Bila kita faham automatik kita akan ingat dan hafal sendiri. Kalau seorang motivasi hebat sekalipun yang nasihat kita tapi kita taknak jugak berubah itu bukan salah dia tapi kita sendiri yang taknak berubah.Yess ini ayat afif yang selalu bagi kata semangat. So, belum terlambat untuk kita (terutamanya zura) untuk mengubah cara belajar sebab zura masih ada 5 sem lagi di utm. Biarlah 3 sem lepas mengajar zura jadi mahasiswa yang lebih matang dan suka berfikir. zura nak keep on study macam mana zura buat bila studyweek, buat past year dulu then banyakkan buat latihan. Sem ini jugak afif ajak zura study balik autocad dan cara buat report dengan baik. Maklumlah sem ini ada khemah ukur (subjek u) so kita orang nak bebetul score dan taknak ketinggalan lagi. Walaupun kita susah untuk berubah secara keseluruhannya tapi kita boleh jugak berubah secara perlahan. Berubah dari yang baik kepada yang lebih baik untuk kehidupan kita sama ada di dunia atau di akhirat. Tiada yang mustahil. 'If you change nothing, Nothing will be change'. Doakan kejayaan zura okay? InShaAllah zura sentiasa doa yang terbaik untuk semua. :)



**Jangan ada yang pelik bila zura cakap esok(ahad) dah start sem baru ye. Mulai 1/1/2014 negeri johor waktu berkerja/kelas/kuliah/sekolah semua bermula pada hari Ahad. Cuti pula pada hari Jumaat dan Sabtu. Macam pantai timur je. Siapa yang duduk pantai timur dah biasa la kot tapi zura still kekok dan tak biasa lagi. Masih pening-pening lalat. Setiap hari kena tengok kalendar dekat dalam fon. hihiii :)


Sekian.




p/s:setiap hari kita ada azam dan kita MESTI tunaikan azam kita itu. Bukan tunggu tahun baru je nak buat azam itu ini. 4 flat's is my target ! I can do it !


Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Tuesday, February 4, 2014

CUTI RAYA TAHUN BARU CINA DI SELESA BEACH RESORT,PORT DICKSON

Hi semua ! :) Petang ini zura nak review sikit pasal holiday zura dengan keluarga masa Cuti Raya Tahun Baru Cina baru-baru ini. As usual holiday zura dekat Port Dickson. A must visit place to my family and i to relax and chill kejap-kejap =) 


Holiday kali ini sangat menguji kesabaran zura dan keluarga sebab raya (cina) kan so traffic jammed sangattt! After solat jumaat baru sampai PD sebab tunggu abah dan adik performed their solat jumaat. Masa sampai PD itu, hampir semua hotel/resort/apartment  kitaorang pergi tanya 'ada bilik kosong tak?' sebab memang tak sangka dekat sana most of apartment/hotel/resort fully house. Full House you know. Kami bernasib baik kerana ada satu resort ini masih ada room yang available itu pun dah pukul 5.30 petang baru family zura cek in kalau tak memang dah balik rumah dah. lulzz..Masa family zura cek in itu, ramai family lain yang cek in jugak, ada yang baru sampai nak cek in tapi bilik dah full. Memang laku macam pisang goreng panassss!! hahaha


Act, sebelum ini family zura pernah cek in dekat sini tapi tak sangka masa itu masih ada room yang available sebab tempat itu 'hot spot' untuk bercuti. hihi. Rezeki keluarga zura. Syukur sangat ! zura sekeluarga cek in dekat Selesa Beach Resort, PD. Memang tempat dia selesa sangat dan service dia tip top. Breakfast pun sedap (according to my parents), swimming pool besar dan paling penting dekat dengan pantai ;) Untuk breakfast free hanya untuk 2 orang sahaja, lebih kena tambah RM18-RM24. Apa kata korang cuci mata tengok gambar je, penat nak cite panjang-panjang. Hehe


First Day (about 6.25 pm)









 Night view


 Gambar atas.
Lepas je cek in bilik terus zura dan adik-adik pergi mandi laut dan dapat tengok sunset !
A m a z i n g ! SubhanAllah. =')
 NO Filter okay? It's original picture.
Malam: going out for dinner.



Second Day (about 8.30 am)

Gambar bawah.
Keesokkan harinya (sebelum cek out) zura dan adik-adik pepagi lagi bangun breakfast then terus pergi mandi laut. Lepas itu baru terjun swimming pool. Masa itu air sangatttt sejuk !




\



 Last sekali, gambar family zura sebelum cek out ! :)
Alhamdulillah our short vacay went well. Bonding time.



Act dulu, masa zura dan keluarga datang sini pepagi lepas breakfast boleh main kuda tapi hari itu datang takde. Mungkin ramai sangat orang atau kuda memang dah takde lagi. Kemudahan lain, ada gymnasium, indoor games (chess, karom, football table), basikal, BBQ dan lain lain. Lebih lanjut korang boleh pergi website Selesa Beach Resort Port Dickson. klik disini




p/s: sorang lagi adik zura tak join holiday sebab sibuk design baju untuk final year projek dia.




Sekian. Terima Kasih.


Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?