Tuesday, June 25, 2013

JEREBU PALING TERUK DI MALAYSIA

Assalammualaikum =)


sumber facebook


sumber google


Risaunya tengok keadaan jerebu sekarang ni. Lebih merisaukan lagi sebenarnya ialah fenomena jerebu ni telah disebut secara jelas dalam al-Quran dalam Surah Ad-Dukhan (asap) ayat 9-12:

"Bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama.(9)
Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang nyata.(10) Yang akan menimpa seluruh manusia sehingga mereka berkata: "Inilah azab yang pedih".(11) Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman.(12)"

                                                                                                SURAH AD-DUKHAN : AYAT (9-12)


Kawan-kawan, jom sama-sama kita doa agar Allah ampunkan dosa kita semua dan selamtkan kita dari azabNya di dunia dan di akhirat. Nauzubillahminzalik.


Entry kali nie zura ingin menyedarkan diri kita semua mengenai azab/ujian yang Allah sedang turunkan kepada kita iaitu asap/jerebu yang teruk melanda rakyat Malaysia dan negara jiran kita iaitu Singapura sekarang. Mungkin ini petanda/tanda yang kiamat sudah menghampiri kita. Wallahu'alam. Semoga kita menyedari kekurangan diri dan memperbanyakkan amalan kita dari masa ke semasa. InShaAllah. zura juga mengingatkan diri zura terutamanya agar zura tidak lalai dan alpa. Terlalu banyak yang melekakan zura sampai terkadang zura juga terlalai dengan duniawi. MasyaAllah.


Baiklaa. Sekarang sesi soal jawab mengenai Jerebu.
Persoalannya sekarang Mengapakah terjadinya jerebu di Malaysia? Apakah penyebab utamanya?
Bagaimana langkah mengatasi jerebu? Apakah tindakan yang sesuai yang patut kita ambil dalam menghadapi situasi jerebu ini? dan Apakah implikasi jerebu terhadap kesihatan manusia??


Persoalan pertama Mengapa jerebu ini terjadi? Menurut kajian yang telah zura lakukan daripada pembacaan di internet,berita semasa,surat khabar dan informasi dari media massa jerebu ini terjadi disebabkan pembakaran hutan secara besar-besaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia. Ianya sering berlaku untuk pembenihan semula tanaman di atas tanah yang subur.


Penyebab utama jerebu adalah "menurut sumber yang diperolehi [MStar] Jakarta - Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat punca berlakunya jerebu  yang 
mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura."

Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasanitu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

Pemantauan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.

Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering ini adalah punca berlakunya jerebu.


Bagi mengatasi masalah jerebu yang berlaku di Malaysia dan negara jiran Singapura, Indonesia berjanji bahawa akan berusaha memadamkan titik-titik panas yang membakar hutan Indonesia dengan melakukan hujan buatan melalui kaedah pembenihan awan selain mengerah pasukan pemadam kebakaran di darat termasuk menggunakan tenaga anggota tentera.


Sementara itu, langkah-langkah yang patut diambil oleh rakyat Malaysia dan Singapura pada masa ini adalah dengan mengurangkan sebarang aktiviti luar dan jika perlu keluar untuk bekerja atau apa sekalipun gunakan lah mask (penutup mulut). Banyakkan minum air masak 8 gelas sehari atau lebih. Selain itu, kerap membasuh muka. Seboleh-bolehnya orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam rumah atau bangunan. Jika perlu, tutup tingkap rumah dan pintu untuk sementara gunakan penyaman udara. Bagi kanak-kanak yang bersekolah atau mempunyai penyakit digalakkan tidak menghadiri sekolah dan mendapatkan nasihat daripada doktor. Bagi perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila IPU berada pada tahap tidak sihat iaitu IPU melebihi 100.


Implikasi jerebu terhadap kesihatan manusia adalah sakit tekak dan terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong, batuk, pedih mata dan berair, kesukaran bernafas atau sesak nafas, sakit dada,  hidung berair dan kerap bersin, dan kulit badan terasa gatal. Ini adalah beberapa simptom atau gejala jerebu kepada kesihatan manusia. Jika anda mengalami penyakit atau simptom yang dinyatakan, sila dapatkan rawatan atau nasihat doktor di klinik dan hospital yang berhampiran.


Untuk entry kali ini zura mengharapkan agar kita sentiasa berdoa supaya jerebu di Malaysia cepat pulih dan beransur baik. Patuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh Bahagian Meterologi. Mencegah itu lebih baik dari Mengubati. Segala yang buruk itu datangnya daripada diri zura yang sedang menaip ini dan Segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. Wallahu'alam.


Bacaan terkini Indeks IPU Jerebu pada 25 Jun 2013 boleh diketahui disini


Berikut adalah kategori IPU :

0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak sihat
201 – 300 Sangat tidak sihat
301 – 400 Berbahaya
401 – 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat


Jika ada sebarang kesilapan atau percanggahan mengenai maklumat yang zura beritakan di blog ini anda bolehlah komen atau perbetulkannya. Sesungguhnya zura hanya manusia biasa yang melakukan kesilapan dan kesalahan. Yang baik datangnya daripada Allah yang buruk datangnya daripada diri zura sendiri. Wallahu'alam. Sharing is Caring ^^'




p/s: sedang zura menaip hujan pun membasahi bumi. Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah =')




Wassalam =)



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

No comments: