Helloooo evlibadi. selamat malam semua ƪ(˘▽˘)┐┌(˘▽˘)ʃ
Hari ini zura free jadi zura pun tiba-tiba merajinkan diri untuk share something. zura nak kongsi produk penjagaan kulit dan produk kecantikkan kulit yang zura gunakan. Mudah-mudahan dapat membantu kalian yang menghadapi masalah kulit. InShaAllah. ヅツ
Sebagai pembuka bicara, zura nak bagitahu pestime zura cuci muka dengan pencuci muka masa zura form 4. HAHA. Itupun sebab zura nak masuk sekolah teknik. Kalau tak zura cuci muka dengan air je. Sempoi kan? HikHik ~(ˇ▼ˇ~)~ Maklumlahh dah masuk teknik mulalah tumbuh jerawat, jeragat, pengelupasan, kulit berminyak, tona kulit tak sekata dan seangkatan dengannya. Hormon pun jadi tak menentu je. Memang masalah kalau jerawat dah membiak dekat muka kita nie. Nak bergaul dengan orang pun rasa malu, rendah diri. Tengok muka orang lain bersih, suci je muka kita memacam benda ada kann. Hurmm malu wowww =,=
Masa mula-mula zura nak cuci muka zura menggunakan pencuci muka jenama Fair & Lovely tapi muka zura tiba-tiba macam tebakar, panas semacam jee selepas seminggu menggunakannya. Bagi mengelakkan benda buruk berlaku terus zura berhenti gunakan produk jenama tu dan beberapa bulan kemudian zura cuba menggunakan produk penjagaan kulit jenama Syahirah pula. Pestime guna bau pencuci muka dia wangi sangat dan rasa lembut je kulit lepas kita cuci muka. Start dari situ zura sudah terpikat dengan jenama produk nie then terus gunakan produk Syahirah sampai sekarang. Dari pencuci muka zura cuba Skrub Muka Syahirah, Krim Pencerah Muka Syahirah then Gel Jerawat Syahirah (If muka tumbuh jerawat). Ternyata produk jenama Syahirah sangat sesuai dengan kulit muka zura yang agak sensitif nie. Syukur Alhamdulillah.
Cara penggunaannya ialah :
Berikut adalah langkah-langkah penggunaan produk penjagaan kulit jenama Syahirah yang efektif tapi zura takdelaa ikut exactly sebab zura tak gunakan keseluruhan produk jenama Syahirah. Kepada korang yang tak tahu atau buntu dengan masalah kulit yang korang hadapi boleh la cuba menggunakan produk jenama Syahirah ini. InShaAllah dengan izin-Nya masalah kulit korang boleh di atasi. Sekarang produk jenama Syahirah diperkenalkan dengan 'wajah' baru. Contohnya seperti di bawah.
Seterusnya zura nak perkenalkan jenama produk kecantikkan kulit yang zura gunakan untuk kulit muka. Antara produk yang zura gunakan untuk jenama produk ini ialah Toner, Krim Kecantikan, Krim Pelembap Siang SPF15 dan Pelembap Terapi untuk kulit kering. Produk kecantikkan kulit ini keluaran jenama Safi Balqis. zura menggunakan produk kecantikkan Safi ini since masuk Matrik dulu. Produk Safi nie best sangat sebab krim muka dan krim pelembapnya yang sangat sesuai dengan jenis kulit muka zura. Tidak berminyak dan melekit. Tahan lama. Boleh dibawa kemana sahaja. Tambahan pula Penyegar/Toner Safi yang wangi dan senang digunakan. Toner Safi pun wangi dan tiada alkohol. Senang dibawa kemana-mana. Satu lagi produk Safi adalah Olive Oil plus Gamat. MasyaAllah, Olive Oil nie zura jadikan sebagai minyak rambut zura. Sangat berkesan dan baunya sangat harum. Olive Oil plus Gamat nie sesuai digunakan sebagai pelembap terapi untuk kulit kering. Digunakan secara kerap bagi memberikan hasil yang memuaskan.
Antara Kelebihan Olive Oil Plus Gamat adalah:
1. memelihara tekstur kulit
2. meningkatkan pemulihan sel-sel kulit
3. berkesan merawat kesan parut
4. cepat meresap tanpa kesan berminyak
Antara Kebaikan Toner Safi Balqis Perfect 10 dengan Formulasi Nano BioWhite & Q10 adalah:
1. senang menanggalkan sisa kotoran
2. mengetatkan pori-pori kulit muka
3. meningkatkan penyerapan
4. menyegarkan kulit
5. melindungi dari sinaran UV
6. meratakan tona kulit
7. mencerahkan kulit
8. mengekalkan keelastikan kulit
9. mengekalkan kelembapan
10. menghaluskan kulit
Kedua-dua produk yang zura perkenalkan adalah produk yang sangat bagus dan sesuai digunakan selain jenamanya yang sudah terkenal di Malaysia. Produk Penjagaan Kulit dan Produk Kecantikkan kulit ini sangat penting bagi zura sebab zura mengalami masalah kulit yang agak teruk terutamanya bila zura menstruate dan makan makanan seperti kacang. zura yakin dan percaya bahawa kaum wanita diluar sana juga menitikberatkan penggunaan produk kulit untuk kulit muka mereka. Bagi zura, zura tidak meletakkan jenama sebagai produk yang sesuai untuk kulit muka tetapi kualiti dan kesannya terhadap kulit muka kita itu yang penting. Jika produknya berjenama tinggi sekalipun tetapi tidak sesuai untuk kulit muka nak buek apa ye dokk??
Itu sahaja entry zura untuk hari ini. Harap korang semua terpikat dan kepada mereka yang mengalami masalah kulit zura syorkan produk jenama Syahirah dan Safi Balqis ini. Cuba gunakan seminggu dua dan lihatlah kesannya terhadap kulit muka anda. Jika mengalami masalah kulit berhenti menggunakannya dan jika perlu dapatkan nasihat daripada doktor pakar kulit anda. Wallahu'alam.
p/s: Kulit muka yang cantik melambangkan keindahan, keikhlasan, keyakinan yang ada pada seseorang yang bernama PEREMPUAN ✿◕ ‿ ◕✿
Wassalam =)