Wednesday, November 14, 2012

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM

Assalammualaikum =)


Hai semua ,selamat malam ~ヅツ
Sambil aku melayan Masterchef 2 nie aku merajin-rajinkan la diri mengupdate belog .
Fuhh terliuq aku tengok depa masak (!)
Sangat tangkas dan cepat diorang memasak .


Berbalik pada topik asal ,aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah =)
Alhamdulillah kita masih di panjangkan umur dan di murahkan rezeki untuk hidup di bumi Allah .
Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang Kau berikan, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
yang Maha Pengampun, yang memberikan rezeki, yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana .


Okelaa muslimin muslimat hari nie ustazah*cewahh* nak berikan doa akhir tahun dan awal tahun.
Insya'Allah , harap kalian semua memanfaat dan membacanya .


DOA 1 (Akhir Tahun)

Sila baca doa akhir tahun sebelum mghrib n doa awal tahun selepas mghrb..selamat menyambut awal muharam kwn2.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


DOA 2 (Awal Tahun)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka



Insya'Allah doa ini boleh di baca oleh semua kaum muslimin muslimat .aminnn. ~
❀‿❀



Wassalam =)



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Tuesday, November 13, 2012

KAK AZIE ENGAGEMENT ヅツ

Assalammualaikum =)


Selamat petang para blogger ^^
Lama aku tidak menjengah di sini.
Hari nie aku sedang menikmati cuti indah kerana sekarang aku sedang midsem .woOt wOot ~
HIHI
Walaupun sedang cuti assignment tetap berlambak (!) =__='' dan tetap kena study memandangkan selepas cuti ada 3 test yang menunggu .Hurmmm ~
It's oke!! As student it's normal to have a lots of assignment, works and all that .
Kalau tak baik duduk rumah goyang kaki atau pun kawin je, eh? hahaha
Masuk tajuk kawin nie last Saturday, my nephew engagement ceremony. *wink*
She is already engaged with her fiance .My family and I have been there during her ceremony.
Her fiance from Skudai, JB .eh, my place ! Hahaha
So, let's you guys look some picture during my nephew ceremony (>‿◠)
Taraaa >>>>>>>


She is Haizum Liyana .She is Dr.Haizum..She looks differ after touch up (!)
Hihi
Congrate sis .muahhaha

Barang hantaran untuk pihak lelaki ~

Tema untuk majlis nie pink+putih ~ Ohsem rite ? :))

Muka bakal jadi tunangan orang . bercahaya je .hihi (>‿◠)

Her future mother-in-law put on an engagement ring .OMG..when my turn??   

  



After all, she kissed her mother in-law hand's .
How sweet it is `ʃƪ)  


Eh, itu macam aku ? Amik berkat katakan..Muahahaha
*abaikan pic yg separuh upload ==''*

 Buat drama main passing-passing bunga tangan pulak kan.o(ˇˇ o)(o ˇˇ)o
Comelkan kita. eh? Hahaha


Itu lah di antara gambar-gambar yang sempat di upload .
Kepada blogger yang belum bertunang cepat-cepat la bertunang dan kawin , eh macam aku je? huhuhu
Jangan tenung gambar tu lama-lama sebab kami berdua sudah berpunya ! OppsSs. Haha
Anway my turn will be late to get an engagement or etc.
My focus is to get a degree for my parents and get a good job later.


Okelaa guys. Already magrib .Jum solat .Hope enjoy reading my blog.
Keep in tOuch.Insya'Allah .



p/s:To my future husband waiting for our turn about 5 years from now (!) ^^


Wassalam =)



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Friday, November 2, 2012

What happened in Oktober 2012 Ơ̴̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴̴͡

Assalammualaikum =)

Salam bloggerku yang dikasihi .
Maaf kerana lama aku menyepi tanpa sebarang story .Lately ,aku sangat busy dengan kehidupan aku sebagai mahasiswi di universiti .
So ,masa yang sedikit nie aku cerita kan secara ringkas aktiviti aku sepanjang bulan Oktober nie kay.
Pada 8-17hb okt 2012 , UTM telah mengadakan FESKO iaitu Festival Konvokesyen UTM ke-49.
Minggu tu aku sibuk shopping memandangkan duet PTPTN aku masyukkk!! HAHAHA
Masa hari pembukaan penyanyi nombor 1 negara Dato' Siti Nur Haliza telah mengadakan konsert selama 30 minit di FESKO .
(>‿◠)
Then hari ketiga pembukaan pelawak Malaysia Johan Rajalawak telah datang ke UTM bagi membuat jenakanya dan hari terakhir iaitu Majlis Penutupan FESKO Jayjay,Kumpulan Ultimate telah mengadakan konsert mereka di Perkarangan Tapak Kawad UTM ^^
Pada 18hb okt 2012 , aku memanjatkan kesyukuran kerana permohonanku untuk mendapatkan biasiswa JPA Berjaya .Syukur Alhamdulillah .ƪˆƪ)  hihihi 
Pada 24hb okt 2012 , aku telah pulang ke rumah kerana cuti Hari Raya Haji .
Bertapa lah aku kat rumah selama 5 hari .Dapat lah aku makan tidur dan online secara mewah, eh?HewHew
Then, pada 31hb okt 2012 , aku dan kawan-kawan aku 1 SGHU telah merancang untuk ke Desaru memandangkan hari rabu hari tuh kami takde kuliah programming .Aku dan budak-budak kelas berkonvoi sebanyak 7 buah kereta menuju ke Desaru tapi time nie aku dan 4 orang kawan aku sibuk uruskan borang JPA .So ,kami bergerak lewat tapi jumpa di Desaru .*ayat macam kelam-kabut je..HarHar*
Dalam perjalanan dua buah kereta sewa yang kami sewa accident sesama sendiri .Haihhh
gane tu? Ini disebabkan masalah break kereta yang dah uzur .̩̩̩̩̩̩) Adoiii kesian kawan-kawanku !
Takpelaa jum layan beberapa picture yang sempat diambil .
˚)
Tragedi Oktober ~~ DESARU~~
 Nampak best kan?? Mana abang sayang aku? Time nie dia sibuk berpakour so pic dia tak sempat di ambil  ;(
Pic kat atas tuh semua budak-budak kelas aku sekarang dan credit to nana sebab semua pic nie dia yang ambil. (>‿◠)
~ Awesome tak?? ~
Kalau korang tak pernah pergi ke desaru aku promote untuk pergi ke sana .Air laut dia best sangat .Udara segar dan nyaman .Very beautiful and peaceful :))
Pukul 4.00 ptg kami semua bergerak ke Jusco Tebrau untuk makan-makan .Aku dah ke Jusco Tebrau banyak kali dah dengan abang tapi kali nie pergi dengan 1 kelas pulak .Last pic yang sempat diambil adalah
Tadaaaa!!!! ~
Looks GORGEOUS kan kan !! (⌒∇⌒●)
HAHAHA
Aku and the geng sempat snap pic ala-ala BARBIE DOLL Style  `ʃƪ)  
Jangan jeles  (!) =p
Okelaa kawan-kawan hari dah lewat malam .Tq for reading and still keep in touch with me (!)Gudnite semua ❀‿❀
 ~May ALLAH bless You All..Aminn.
 p/s:1.11.2012 'Happy Anniversary my dear Afif'..Semoga hubungan kita selama 20 bulan diberkati dan dilindungi oleh-Nya .Insya'Allah . ~ 
  
Wassalam =) 


Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?