Tuesday, July 15, 2014

KHEMAH UKUR 2014 Part 1

Salam Ramadhan semua :) Cuaca yang agak panas dan kering dalam bulan puasa ini membuatkan kita rasa letih dan lemah betul tak? Phew tapi takpe ianya sebahagian daripada ujian kita dibulan yang mulia ini =)




Seperti yang zura janjikan sebelum sebelum ini, hari ini zura merajinkan diri update cerita mengenai Khemah Ukur atau Survey Camp zura di Lumut, Perak pada 12.6.2014 sehingga 25.6.2014 yang lepas. Alhamdulillah selama 2 minggu disana banyak pengalaman yang manis, pahit, payau dan masin yang zura alami bersama kawan-kawan geomatik. Untuk meringkaskan cerita, zura akan tunjuk banyak gambar okay?


Zura akan tunjuk gambar persekitaran Amir Chalet dimana Survey Camp ini dijalankan dan Task/Projek yang setiap Konsortium dapat. Kami telah dibahagikan kepada 4 Konsortium (A,B,C,D). Setiap konsortium mempunyai 3 kumpulan-kumpulan kecil yang setiap kumpulan mewakili 5 hingga 6 orang ahli kumpulan. zura Konsortium A ! =D



 Dewan

Asrama Lelaki (atas)
Dewan Makan (bawah)

 Asrama Perempuan

Bilik Perempuan

Kolam Ikan

Chalet

Dalam Dewan

Jeti









Kemudian, setiap Konsortium ini diberi 3 tugasan iaitu :
  1.  Engineering Survey (Road Survey) : Buat jalan
  2. GPS Survey
  3. Hydrographic Survey : Laut
  4. Extra Work : Cadastre

Firstly, zura akan review mengenai Road Survey. Kami telah menjalankan tugasan chainage, traverse, details, crossection dan long sec. Rasanya zura tak perlu nak huraikan satu-satu cukuplah sekadar tugasan sahaja. Korang bukannya tahu kalau zura cerita ye dokk? Membosankan je (_Hehe. Layan gambar jela ye ˚) . Road Survey dijalankan selama lebih kurang 6 hari. Setiap hari kami akan berjemur ditengah panas terik menjalankan kerja ukur ini dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Pheww










 cover muka taknak bagi 'burn' 

gegadis Konsortium A






Beginila suasana kerja ukur yang sebenar. Ada paya, anjing liar, kenderaan berat keluar masuk, masuk kawasan kelapa sawit dan memacam. Rasa bertuah sangat ! Dapat merasai realiti kehidupan dan pekerjaan seorang jurukur. cewaahh ! Dekat sana memang panas sangat. Nak tidur pun panas sampai rasa aiishhhh (takleh cakap) Sangat menguji kesabaran lebih-lebih lagi dibawah terikan matahari. Kami akan berehat untuk berhenti solat sahaja then sambung kerja sehingga mana yang mampu disiapkan je. Pada sebelah petang, kami akan buat aktiviti riadah (lelaki je yang rajin main bola tampar, perempuan pergi minum ABC, Laksa dan main tangkap-tangkap gambar dekat jeti..LOL) Ya, dekat kawasan sana memang ada gerai ABC dan Laksa dan memang setiap petang zura dan kawan-kawan akan singgah ke sana. kikikii 


Riadah



Selepas siap kerja engineering, kami menjalankan kerja ukur GPS. Kerja GPS ini siap sehari je tapi nak tunggu data sangat lama. Sambil menunggu data, zura telah merakamkan pemandangan cantik dari jeti Kg,Baharu,Lumut Perak. Semua gambar tidak di edit a.k.a NoFilter. Hanya menggunakan app HDR =)














Setelah semua kerja engineering dan GPS siap, kami menjalankan kerja processing iaitu menggunakan CDS, AutoCAD, GDTS dan banyak lagi software. Phewww kerja processing dilakukan sehingga siap sampai tak tidur malam (tak tidur malam tengok World Cup sebenarnya..lol). Ada kerja processing terpaksa di hold sebab ada kerja ukur yang tak cukup detail dan sebagainya. Kerja processing ini dilakukan sehingga hari terakhir Survey Camp. Fuhh panjangnya cerita sampai tertypo LOL mungkin boleh sambung part 2 kot? Ya Part 2 to be continued........



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Tuesday, July 1, 2014

SALAM RAMADHAN 2014

Hi semua ! Selamat Malam. Alhamdulillah malam ini malam ke-4 Ramadhan. Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog zura. Semoga bulan Ramadhan tahun ini membawa 1000 kebaikan dan keberkatan hidup kepada kita semua. InShaAllah. Jangan lupa baca niat dan bangun sahur. Selamat Berpuasa dan Bertarawikh semua =))




p/s: Happy Relationship 3Years 4Months Mr.Afif =)


Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?