Wednesday, November 19, 2014

DINNER PEMETA 2014


Rindu...rindu...rindu dengan korang semua !!! *menangis* Lama zura tak update blog. I'm too busy T__T Petang ini zura curi masa untuk berbelog kejap memandangkan half of my assignment and project are done. 


For short, hari ini zura nak upload pictures on my latest event. Actually the event last week on 15.11.2014. Dinner PEMETA 2014. Alhamdulillah the event went well and smoothly =) Congrates to organizer and their committee members ( 3 SGHU). The event was held at Johor Golf and Country Club, Johor. 



Theme : Tie and Flowers
Venue : Johor Golf Country Club












MUA by Fariza Yaakob. Thank babe !

Half of my picture with friends and the loved one.
To all my blogwalking, thanks to those yang always keep in touch with me and sorry for disappearing too long. See you when you see me. I need to prepare myself for night class tonight. See you on my next entry. InshAllah. Lots of love ~ zura ~



KEEP CALM AND STAY CLASSY



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Friday, September 5, 2014

Throwback : PENTAULIAHAN KOR SISPA UTM di UKM, Bangi

#THROWBACK #CampakBelakang



    Soon become a Leftenan Muda (PA) Maizura Binti Mazlan.




Pada 16 sehingga 20 Ogos yang lalu bertempat di UKM, Bangi diadakan Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kor Sispa. Alhamdulillah UTM berjaya menghantar 8 bakal pegawai untuk ditauliahkan (dh tauliah dh pun..hehe). Kami sispa junior rasa berbangga diatas pentauliahan sulung pegawai sispa UTM. InShaAllah turn zura tahun depan bertempat di USM, Penang. Semoga urusan disana nanti berjalan dengan lancar. Ameen. 




p/s: Nk bagitahu esok zura balik utm. Bermulalah kehidupan sebagai pelajar Tahun Tiga.
Doakan kejayaan zura ! #UTMAwesome



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Coretan RAYA 2014 : Mazlan's Family

Bulan Syawal sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin. Petang ini zura nak update cerita raya 2014. Tahun ini zura beraya ala kadar sahaja. Maklumlah negara digemparkan dengan berita sedih mengenai pesawat MAS MH370 dan MH17 yang hilang dan telah ditembak jatuh di sempadan Ukraine dan Rusia serta peperangan yang berlaku di GAZA. Sebagai menghormati perasaan keluarga mangsa rakyat Malaysia digalakkan untuk tidak terlalu bersuka ria.


Tahun ini tema baju raya keluarga zura COKLAT. Rumah zura pun siap bercat bagai. Masa cat rumah ini, zura takde still dekat Jb lagi. Sehari sebelum raya memang keluarga zura busy. Pagi-pagi zura teman mak pergi pasar beli barang untuk masak rendang, ketupat. Then, kami adik beradik membasuh kereta, mengemas rumah baru lah start memasak. Tahun ini mak zura masak macam-macam rendang. Rendang ayam, daging, kerang, masak kuah lodeh, sambal sotong kering, ketupat. Memang kami adik beradik jelaa yang makan semua itu. wkawkaka


Gambar raya tahun ini memang cacamarba sikit. wahahahha memang tak ikut susunan hari dan masa. Asal cantik zura letak je. HAHA Layan kan je ~~~~


Family Photo
RAYA 2014

Raya di Perak

when monopod is ours. Hahaha

Again

and againnnn =)

Beraya di Tapah
Dulu kami geng sepupu single sekarang semua dah kawen. Soon become a mother =')

Raya ke berapa tak ingat. Sedara belah abah datang raya di rumah





Beraya bersama kawan lama pada hari raya ke 5 kot. Tak ingat. Kahkah
 Konvoi dua kereta



Selfie of the day. kuikui

At night we decided to play bowling at Sunway Pyramid





*** TAMAT ***




P/s: Tahniah kepada my twin, Awin for her convocations day last 2 weeks. Finally she is Diploma holder.
Congratulation !!






 p/s:esok pagi zura bergerak balik ke utm. Bermulalah semester baru di tahun ketiga.
Doakan kejayaan zura ! Love u mucho !



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Wednesday, August 27, 2014

KHEMAH UKUR 2014 Part 2

Alhamdulillah bumi GAZA dah bebas. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar =')

*****************************************************************************

Hai semua. Hari ini zura nak sambung update pasal survey camp zura. Sambung part 2 punya cerita hokay??
Part 2 ini sikit je nak cerita. Masa survey camp yang lepas, zura dengan 4 lagi kawan zura 'terpilih' untuk buat kerja ukur kadaster. Act kadaster takdepun dalam silibus khemah ukur tu, ada orang kampung sana minta tolong pensyarah zura semak balik kedudukan lot tanah dia, dikhuatiri batu sempadan lot tanah dia teralih disbbkan pada zaman dulu kawasan tanah dia adalah sebuah paya.


Perghh,,first time zura buat the real land survey. Memang gabra sangat masa buat tu, apa taknya mana lah ingat sangat nak buat pengiraan kadaster. Dr.Harun dh la pensyarah kadaster zura memang stress gilaaa masa itu. Lagi stress ada satu batu sempadan itu teranjak dari kedudukan asal. Memang cuak. Bertambah cuak bila Dr.Harun cakap "Nie kalau salah cari budak berdua nie, diorang yang kira!' Boleh pulak Dr. cakap macam itu dekat owner tuan tanah itu..Nanti kalau salah awak berdua berdosa dekat akhirat nanti tau..Hahhh Kau rasa?? Memang stress la dibuatnya. Yang buat kira-kira zura dengan kawan zura, ida. Lagi 3 orang lelaki diorang baca total station. Kitaorang buat 3, 4 kali kira-kira then pengiraan itu pun disemak oleh Dr.sendiri, boleh pulak Dr.takut-takutkan kami. Haihhhh


Bila batu sempadan itu berganjak memang kena alihkan la ke tempat sepatutnya. Batu sempadan itu memang batu sempadan zaman British. Gila berat. Budak lelaki yang angkat pun kena 4 5 orang. Batu sempdan itu ada simbol cakar ayam lagi. Memang lama. Kalau tak silap tahun 1918. Memang pengalaman berharga sangat.


Malam tu, bila orang lain sibuk buat processing data untuk kerja ukur hidro, CAD semua, zura dengan ida beria kira balik pasal lot tanah itu. Dr. pun suruh semak balik. Keesokkan harinya, zura dengan ida dan beberapa orang kawan buat semakan terhadap kedudukan batu sempadan yang telah dialihkan semalam sebab kedudukan 3 batu sempadan lain tidak berganjak. So, Dr.ragu-ragu. Dr.Osman pensyarah GPS masa survey camp tolong kami buat semakan pengiraan. Dr.Osman sangat baik. zura pun first time jumpa dia sbb Dr.Osman baru berpindah dari UTM,KL ke UTM,JB. Pengiraan Dr.Osman sama dengan pengiraan zura dan ida. So kami buat balik semakan kedudukan batu sempadan dan Alhamdulillah kedudukan batu tersebut memang dekat tempat yang berganjak tu. Zura dengan Ida lega sangat. Mana taknya kami takutlah berhutang dengan owner tanah itu dekat akhirat nanti. Dr.Harun pun senyum kambing tapi dia marah jugaklah sebab kami ingat-ingat lupa pasal pengiraan kadaster. Kakakaka


Then, malam terakhir survey camp, semua orang sibuk print pelan. 1 konsortium print dekat berpuluh pelan. Bila pelan kena reject sebab tak cukup syarat makanya pelan kena print sampai betul-betul menepati kriteria pelan seorang jurukur. Malam itu jugak, kami buat BBQ. Macam-macam makanan seafood dibakar. Memang seronok sangat. Dan malam itu jugak para pensyarah umumkan konsortium terbaik. Alhamdulillah konsortium zura, Konsortium A berjaya dapat hamper konsortium pelan GPS dan Engineering terbaik. Manakala Konsortium Afif, Konsortium D dapat pelan Hidro terbaik. Hakikatnya, pelan kami banyak kekurangan data. Semoga pengalaman kami selama 2 minggu di Lumut dapat memberikan kami pengetahuan, cara bekerjasama dalam pasukan, cara berkomunikasi dengan ketua dan anak buah serta menghadapi the real work as surveyors dapat kami praktikkan di masa akan datang.


Sebagai penutup cerita Survey Camp 2014, jum layan beberapa gambar =)


Tapak Batu Sempadan Baru

Tapak Batu Sempadan Lama

Penggalian bermula

Penggalian diteruskan

The hard time *crycry*

Finally. Batu Sempadan Lama berjaya digali keluar =')

Nampak tak? Haa itulah simbol cakar/cakir ayam. Zaman British punya

Bekas Tapak Lama

Dari kiri : Dr.Osman, Hanif, Chin dan Joanes (my groupmates)

Dari kiri : Dr.Harun a.k.a my P.A, Ida and me (terlindung belakang Chin)
Masa ini Dr.Harun tengah membebel kami tadah telinga jelaa. Hehehe

Batu Sempadan nak ditanam semula ditempat baru

Selesai

Kawasan Batu Sempadan terakhir iaitu yang ke-4

Selesai Kerja Ukur Semula Lot Tanah



Sebelum meninggalkan Lumut sempatlah zura merakam kan kenangan terindah dengan orang tersayang. kekeke

Selfieeeeeeee =))

Memasingzz dah burn..Hihii

Usiee a.k.a selfie



TAMAT



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Friday, August 22, 2014

DALAM SEJARAH : HARI BERKABUNG MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim


Bersempena dengan kepulangan jenazah mangsa MH17, Malaysia pada hari ini mengadakan Hari Berkabung bagi menghormati dan memberikan penghormatan terakhir kepada 20 mangsa MH17 yang tiba di KLIA pada hari ini (22.8.2014). Pada jam 10.54 pagi waktu Malaysia, semua rakyat Malaysia telah bertafakur. Bagi yang beragama Islam, hendaklah menghadiakan Surah Al-Fatihah kepada mangsa MH17 dan bagi yang bukan beragama Islam mereka hendaklah berdoa mengikut adat dan kepercayaan agama masing-masing.

Baki mangsa MH17 yang belum tiba di KLIA pada hari ini, jenazah mereka bakal tiba pada 24.8.2014. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mangsa MH17 dan permudahkan segala urusan membawa balik baki jenazah rakyat Malaysia ke Tanah Air. Ameen.





p/s:maaf lambat update pasal Survey Camp 2nd Episode. Busy at work =(
Give me some time =))


Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Tuesday, July 15, 2014

KHEMAH UKUR 2014 Part 1

Salam Ramadhan semua :) Cuaca yang agak panas dan kering dalam bulan puasa ini membuatkan kita rasa letih dan lemah betul tak? Phew tapi takpe ianya sebahagian daripada ujian kita dibulan yang mulia ini =)




Seperti yang zura janjikan sebelum sebelum ini, hari ini zura merajinkan diri update cerita mengenai Khemah Ukur atau Survey Camp zura di Lumut, Perak pada 12.6.2014 sehingga 25.6.2014 yang lepas. Alhamdulillah selama 2 minggu disana banyak pengalaman yang manis, pahit, payau dan masin yang zura alami bersama kawan-kawan geomatik. Untuk meringkaskan cerita, zura akan tunjuk banyak gambar okay?


Zura akan tunjuk gambar persekitaran Amir Chalet dimana Survey Camp ini dijalankan dan Task/Projek yang setiap Konsortium dapat. Kami telah dibahagikan kepada 4 Konsortium (A,B,C,D). Setiap konsortium mempunyai 3 kumpulan-kumpulan kecil yang setiap kumpulan mewakili 5 hingga 6 orang ahli kumpulan. zura Konsortium A ! =D



 Dewan

Asrama Lelaki (atas)
Dewan Makan (bawah)

 Asrama Perempuan

Bilik Perempuan

Kolam Ikan

Chalet

Dalam Dewan

Jeti









Kemudian, setiap Konsortium ini diberi 3 tugasan iaitu :
  1.  Engineering Survey (Road Survey) : Buat jalan
  2. GPS Survey
  3. Hydrographic Survey : Laut
  4. Extra Work : Cadastre

Firstly, zura akan review mengenai Road Survey. Kami telah menjalankan tugasan chainage, traverse, details, crossection dan long sec. Rasanya zura tak perlu nak huraikan satu-satu cukuplah sekadar tugasan sahaja. Korang bukannya tahu kalau zura cerita ye dokk? Membosankan je (_Hehe. Layan gambar jela ye ˚) . Road Survey dijalankan selama lebih kurang 6 hari. Setiap hari kami akan berjemur ditengah panas terik menjalankan kerja ukur ini dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Pheww










 cover muka taknak bagi 'burn' 

gegadis Konsortium A






Beginila suasana kerja ukur yang sebenar. Ada paya, anjing liar, kenderaan berat keluar masuk, masuk kawasan kelapa sawit dan memacam. Rasa bertuah sangat ! Dapat merasai realiti kehidupan dan pekerjaan seorang jurukur. cewaahh ! Dekat sana memang panas sangat. Nak tidur pun panas sampai rasa aiishhhh (takleh cakap) Sangat menguji kesabaran lebih-lebih lagi dibawah terikan matahari. Kami akan berehat untuk berhenti solat sahaja then sambung kerja sehingga mana yang mampu disiapkan je. Pada sebelah petang, kami akan buat aktiviti riadah (lelaki je yang rajin main bola tampar, perempuan pergi minum ABC, Laksa dan main tangkap-tangkap gambar dekat jeti..LOL) Ya, dekat kawasan sana memang ada gerai ABC dan Laksa dan memang setiap petang zura dan kawan-kawan akan singgah ke sana. kikikii 


Riadah



Selepas siap kerja engineering, kami menjalankan kerja ukur GPS. Kerja GPS ini siap sehari je tapi nak tunggu data sangat lama. Sambil menunggu data, zura telah merakamkan pemandangan cantik dari jeti Kg,Baharu,Lumut Perak. Semua gambar tidak di edit a.k.a NoFilter. Hanya menggunakan app HDR =)














Setelah semua kerja engineering dan GPS siap, kami menjalankan kerja processing iaitu menggunakan CDS, AutoCAD, GDTS dan banyak lagi software. Phewww kerja processing dilakukan sehingga siap sampai tak tidur malam (tak tidur malam tengok World Cup sebenarnya..lol). Ada kerja processing terpaksa di hold sebab ada kerja ukur yang tak cukup detail dan sebagainya. Kerja processing ini dilakukan sehingga hari terakhir Survey Camp. Fuhh panjangnya cerita sampai tertypo LOL mungkin boleh sambung part 2 kot? Ya Part 2 to be continued........



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?