Friday, March 20, 2015

LATIHAN INDUSTRIKU

Selamat malam semua.


Lama zura tak update blog kan? Sorry I've been busy for my practical. Ikut offfice hour kan so memang tak sempat nak update blog. Dah 2 minggu kerja (latihan industri) so far okay dah boleh adept dengan suasana kerja, tempat kerja dan officemate yang baru. Semua baik-baik belaka =D
Paling best officemate semua sporting! Hehehe..baru seronok nak kerja ye dok?? 


Dua minggu praktikal alhamdulillah zura dapat turun site 2 kali. Act, duduk office bosan sebab tak banyak kerja. So bila dapat turun site hati gembira even terpaksa berpanas, berpeluh dan bergelap (burn). At least dapat 2 kali sebulan turun buat kerja dekat lapangan pun jadilah kan. Zura nak rasa jugak macam mana buat kerja yang sebenar. Sebelum ini dalam kuliah banyak teori, so sekarang tengah praktikal it's better for me to grab this opportunity. Budak site semua gila-gila so senang nak buat kerja. 


1st day turun site.
Tempat: Larkin. Details Survey.






2nd day turun site.
Tempat: Tg.Sedili Kechil. Details Survey dan GPS.







Nampak tak betapa gigihnya zura buat survey. Hahaha
Kepada sesiapa yang nak ambil kos geomatik ini, better apply sebab kos zura adalah bidang professional. Kaum wanita digalakkan untuk apply. Kalau yang tak tahan panas better pergi main jauh-jauh. KahKah! Rasa macam dah lari tajuk. Oklah nak tidur dulu. Goodnight !



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Thursday, February 5, 2015

IOI CITY MALL,PUTRAJAYA

Selamat Petang semua !

Semalam zura berkesempatan pergi ke shopping mall yang baru dibuka di Putrajaya. Rasanya ramai yang dah pergi kot IOI City Mall, Putrajaya. No bad. Mall dia macam MidValley jugak. IOI Mall Putrajaya ini banyak sangat kedai pakaian dan kedai makan tidak ketinggalan ice skating, district 21 dll. Semalam zura banyak masuk kedai baju. Mostly dah start sales sempena CNY. Antara kedai yang famous haruslah MAGNUM,Putrajaya. Dulu adik zura pergi beratur panjang gilaa memang ramai orang, hari semalam zura pergi langsung tak ramai orang. Hehe


Lepas habis shopping, kitaorang makan dekat Dapur Penyet. Recommend by adik zura. Dia dah pergi sana 3 kali ternyata makanan dekat sana sedappppp!! Pedas yang paling utama sampai tambah nasi dan tapau bawak balik rumah. hahaha



MAGNUM Putrajaya


Dapur Penyet
Daging dendeng masak berlado the best ! Pedassss


Shopping sedas dua
wiwiwii


Haruslah selfie




Sekali masuk dekat IOI City Mall, Putrajaya

Weekdays : First 3 hours - RM1.00
                  Next hours - RM1.00

Weekend : RM3.00 *if not mistaken*



Happy Shopping !



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

CADANGAN MAKAN #1

Hi ! Selamat Malam. Semua mesti dah dinner kan? So, zura nak hidangkan beberapa makanan untuk tatapan semua. Jangan terliur tau ! Hehe


Kalau malam malam cenggini memang pantang sikit nak post gambar makanan. Maklumlah mencabar nafsu orang yang sedang diet. Kahkahkah


Minggu lepas zura dengan keluarga pergi dekat satu restoran nie.Restoran tue kitaorang tau dalam cerita "Best In the World" *tak ingat channel berapa* kuikuikui


Nahh tengok tatap puas puas ! Lepas nie boleh pergi makan. Restoran dia biasa je tak grand macam restoran yang lain tapi makanan western dia perghhh best !! 



BIG PLATE


Most popular here. Mushroom soup.
RM8.90


Mix Grill
Around RM25++


Chicken Picatta
RM22.00


Chicken Mix
RM20++


Salmon Steak
Tak ingat berapa


Fish N Chip (regular)
RM15.90


Beef Steak
RM23.50






Terliuq takkk?? Hahaha
Semua harga makanan western dekat sini yang 'BIG PLATE' dalam RM20++. Minuman murah je.
Rating untuk Restoran Big Plate :

Suasana Restoran 5/10 (kena banyakkan dekorasi yang menarik)
Service makanan 7/10 (agak cepat)
Harga makanan 7/10 (tak mahal dan tak murah)


Alamat : 27, Jalan Alfa F U6/F,
 Kampung Bunga Raya, 40150 Shah Alam, Selangor.

(Kalau dari Shah Alam, akan nampak restoran ini betul-betul tepi highway sebelah kiri)




Selamat Mencuba semua ! Goodnight ^^.




p/s:Total family zura makan dekat sini RM200++. Nasib abah belanja sempena belated birthday! Hehe



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Sunday, January 25, 2015

HEBAHAN : Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2015/2016 Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Diploma/Setaraf)



Salam. Hi semua ☜(˚▽˚)☞ SELAMAT MALAM !


Zura ada pengumuman !

" Khas buat mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA sesi akademik 2015/2016 ! "


Kepada mereka yang sedang menganggur atau sudah bekerja atau yang sudah memiliki Diploma atau sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun membuka Sistem Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier/Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf dan STPM/Matrikulasi KPM/Asasi/setaraf dibuka sehingga 06 April 2015, jam 4.00 petang.


Oleh itu, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang yang ingin melanjutkan pengajian hendaklah membeli Nombor unik ID di BSN untuk membuat permohonan. Harga Nombor Unik ID untuk semua kategori ialah RM15.60. Di bawah adalah flowchart bagaimana untuk anda masuk IPT. 



*   Untuk membuat permohonan KLIK DISINI

**   Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook Rasmi BPKP KLIK DISINI

*** Hubungi:
       
                               




p/s: SEMOGA BERJAYA !




Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?