Wednesday, August 27, 2014

KHEMAH UKUR 2014 Part 2

Alhamdulillah bumi GAZA dah bebas. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar =')

*****************************************************************************

Hai semua. Hari ini zura nak sambung update pasal survey camp zura. Sambung part 2 punya cerita hokay??
Part 2 ini sikit je nak cerita. Masa survey camp yang lepas, zura dengan 4 lagi kawan zura 'terpilih' untuk buat kerja ukur kadaster. Act kadaster takdepun dalam silibus khemah ukur tu, ada orang kampung sana minta tolong pensyarah zura semak balik kedudukan lot tanah dia, dikhuatiri batu sempadan lot tanah dia teralih disbbkan pada zaman dulu kawasan tanah dia adalah sebuah paya.


Perghh,,first time zura buat the real land survey. Memang gabra sangat masa buat tu, apa taknya mana lah ingat sangat nak buat pengiraan kadaster. Dr.Harun dh la pensyarah kadaster zura memang stress gilaaa masa itu. Lagi stress ada satu batu sempadan itu teranjak dari kedudukan asal. Memang cuak. Bertambah cuak bila Dr.Harun cakap "Nie kalau salah cari budak berdua nie, diorang yang kira!' Boleh pulak Dr. cakap macam itu dekat owner tuan tanah itu..Nanti kalau salah awak berdua berdosa dekat akhirat nanti tau..Hahhh Kau rasa?? Memang stress la dibuatnya. Yang buat kira-kira zura dengan kawan zura, ida. Lagi 3 orang lelaki diorang baca total station. Kitaorang buat 3, 4 kali kira-kira then pengiraan itu pun disemak oleh Dr.sendiri, boleh pulak Dr.takut-takutkan kami. Haihhhh


Bila batu sempadan itu berganjak memang kena alihkan la ke tempat sepatutnya. Batu sempadan itu memang batu sempadan zaman British. Gila berat. Budak lelaki yang angkat pun kena 4 5 orang. Batu sempdan itu ada simbol cakar ayam lagi. Memang lama. Kalau tak silap tahun 1918. Memang pengalaman berharga sangat.


Malam tu, bila orang lain sibuk buat processing data untuk kerja ukur hidro, CAD semua, zura dengan ida beria kira balik pasal lot tanah itu. Dr. pun suruh semak balik. Keesokkan harinya, zura dengan ida dan beberapa orang kawan buat semakan terhadap kedudukan batu sempadan yang telah dialihkan semalam sebab kedudukan 3 batu sempadan lain tidak berganjak. So, Dr.ragu-ragu. Dr.Osman pensyarah GPS masa survey camp tolong kami buat semakan pengiraan. Dr.Osman sangat baik. zura pun first time jumpa dia sbb Dr.Osman baru berpindah dari UTM,KL ke UTM,JB. Pengiraan Dr.Osman sama dengan pengiraan zura dan ida. So kami buat balik semakan kedudukan batu sempadan dan Alhamdulillah kedudukan batu tersebut memang dekat tempat yang berganjak tu. Zura dengan Ida lega sangat. Mana taknya kami takutlah berhutang dengan owner tanah itu dekat akhirat nanti. Dr.Harun pun senyum kambing tapi dia marah jugaklah sebab kami ingat-ingat lupa pasal pengiraan kadaster. Kakakaka


Then, malam terakhir survey camp, semua orang sibuk print pelan. 1 konsortium print dekat berpuluh pelan. Bila pelan kena reject sebab tak cukup syarat makanya pelan kena print sampai betul-betul menepati kriteria pelan seorang jurukur. Malam itu jugak, kami buat BBQ. Macam-macam makanan seafood dibakar. Memang seronok sangat. Dan malam itu jugak para pensyarah umumkan konsortium terbaik. Alhamdulillah konsortium zura, Konsortium A berjaya dapat hamper konsortium pelan GPS dan Engineering terbaik. Manakala Konsortium Afif, Konsortium D dapat pelan Hidro terbaik. Hakikatnya, pelan kami banyak kekurangan data. Semoga pengalaman kami selama 2 minggu di Lumut dapat memberikan kami pengetahuan, cara bekerjasama dalam pasukan, cara berkomunikasi dengan ketua dan anak buah serta menghadapi the real work as surveyors dapat kami praktikkan di masa akan datang.


Sebagai penutup cerita Survey Camp 2014, jum layan beberapa gambar =)


Tapak Batu Sempadan Baru

Tapak Batu Sempadan Lama

Penggalian bermula

Penggalian diteruskan

The hard time *crycry*

Finally. Batu Sempadan Lama berjaya digali keluar =')

Nampak tak? Haa itulah simbol cakar/cakir ayam. Zaman British punya

Bekas Tapak Lama

Dari kiri : Dr.Osman, Hanif, Chin dan Joanes (my groupmates)

Dari kiri : Dr.Harun a.k.a my P.A, Ida and me (terlindung belakang Chin)
Masa ini Dr.Harun tengah membebel kami tadah telinga jelaa. Hehehe

Batu Sempadan nak ditanam semula ditempat baru

Selesai

Kawasan Batu Sempadan terakhir iaitu yang ke-4

Selesai Kerja Ukur Semula Lot Tanah



Sebelum meninggalkan Lumut sempatlah zura merakam kan kenangan terindah dengan orang tersayang. kekeke

Selfieeeeeeee =))

Memasingzz dah burn..Hihii

Usiee a.k.a selfie



TAMAT



Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?

Friday, August 22, 2014

DALAM SEJARAH : HARI BERKABUNG MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim


Bersempena dengan kepulangan jenazah mangsa MH17, Malaysia pada hari ini mengadakan Hari Berkabung bagi menghormati dan memberikan penghormatan terakhir kepada 20 mangsa MH17 yang tiba di KLIA pada hari ini (22.8.2014). Pada jam 10.54 pagi waktu Malaysia, semua rakyat Malaysia telah bertafakur. Bagi yang beragama Islam, hendaklah menghadiakan Surah Al-Fatihah kepada mangsa MH17 dan bagi yang bukan beragama Islam mereka hendaklah berdoa mengikut adat dan kepercayaan agama masing-masing.

Baki mangsa MH17 yang belum tiba di KLIA pada hari ini, jenazah mereka bakal tiba pada 24.8.2014. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mangsa MH17 dan permudahkan segala urusan membawa balik baki jenazah rakyat Malaysia ke Tanah Air. Ameen.





p/s:maaf lambat update pasal Survey Camp 2nd Episode. Busy at work =(
Give me some time =))


Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tekan "comment" dan "follow" ye?